|
Antologi Cerpen Secangkir
Kasih Abang
Antologi Cerpen Secangkir
Kasih Abang memuatkan 24 buah cerpen.
Karya-karya ini dihasilkan oleh 24 orang penulis
muda terdiri daripada pelajar tingkatan 5 Azam
dan 5 Maju. Projek julung-julung kali ini telah
diusahakan oleh Jawatankuasa Kelas 5 Azam
Sekolah Menengah Sains Muar tahun 2007 sebagai
langkah pertama untuk memberi peluang kepada
para pelajar berkarya secara terancang.
Secara langsung antologi ini akan dapat membugar
semangat karyawan muda ini agar mempertingkatkan
hasil penulisan kreatif. Tidak dinafikan bahawa
hasil karya penulis muda ini belum lagi mencapai
taraf dan mutu sebaris dengan penulis-penulis
terkenal, namun kami berharap agar dengan
terbitnya antologi ini, minat dan daya usaha
mereka untuk menimba lebih banyak ilmu dalam
bidang penulisan kreatif dan penulisan cerpen
khusunya akan lebih terserlah.
Dilema Anak Guru
karya penulis harapan Mohammad Firdaus bin
Zainal mengungkap kisah dilema ‘aku’
seorang anak guru yang sering diejek kerana
keputusan peperiksaan yang kurang
memberangsangkan. Beberapa konflik berlaku
akhirnya ‘aku’ sedar dan perlu saling membantu
untuk meningkapkan prestasi akademik
bersama-sama rakan sekelasnya. Cerpen
Bingkisan Doa Buat Marini garapan
penulis muda Muhammad Zaki Amali bin Basiron
@SU-K memaparkan kisah sepasang kembar Marini
dan Marina. Marini lupa diri setelah berjaya
sebagai penyanyi, manakala Marina pula seorang
peguam yang berjaya begitu rindu akan adiknya
Marini yang semakin menjauh. Cinta SPM
karya Fatin Munirah binti Ismail
memaparkan kisah seorang pemuda bernama Amin dan
seorang gadis yang bernama Haryani dan mulai
berjumpa dalam satu sesi ceramah. Mereka
bercinta ketika sedang belajar untuk menduduki
peperiksaan SPM yang akhirnya berjaya
melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Cerpen Ibu dan Anak karya Noor
Ellia Melissa binti Ma Idros memaparkan
kisah Kak Idah yang bagai kacang lupakan kulit.
Khalida Husna binti Jauri pula
menghasilkan cerpen Secangkir Kasih Abang
yang mengungkap kasih seorang abang kembar yang
dibunuh oleh teman lelaki adik kembarnya Izzati.
Ayah hasil tulisan Siti Zulaiha
binti Abu Bakar mengisahkan kelakuan seorang
ayah yang buruk telah bertukar setelah kematian
datuk dan nenek. Perubahan drastik ayah telah
menyebabkan ‘aku’ turut berubah hingga banyak
konflik yang berlaku. Cerpen Akibat Tidak
Mendengar Kata karya Rozaneem Rusli
mengisahkan Liena yang tidak menghiraukan
tegusan ibunya telah menghadapi pelbagai
masalah sehingga menyedihkan ibu. Namun Liena
sempat kembali ke pangkal jalan.
Air Mata Jernih
karya Mohd Hafiz sebuah karya yang baik
dan boleh diketengahkan mengisahkan tentang Anis
yang cacat sering tertekan dengan sikap
rakan-rakannya. Siti Rohani binti Mohd Nor
menulis Perpisahan Terakhir. Ani
dirogol oleh pak ciknya sendiri menghadapi
saat-saat sukar dalam kehidupan. Kasih Ibu
karya Solehah Razali mengungkap cerita
tentang Shamila anak tunggal Puan Salimi dan
Encik Radzi, mengalami perubahan gaya hidup
apabila ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan
hutang keliling pinggang. Nur Hafeeza binti
Misrin pula menulis Gila Belajar.
Cerpen mengisahkan tentang anak-anak yang begitu
minat belajar untuk memperbaik masa depan
masing-masing. Mengisahkan tentang ‘aku’ yang
menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran sebagai
anak sulong terungkap dalam cerpen Kasih
Illahi coretan Norain Jamaludin.
Manakala Nir Akilah binti Saadun pula mencanai
cerpen Kejayaan Yang Dinanti.
Cerpen ini mengisahkan tentang Anis yang belajar
di Sekolah Menengah Sains Muar menghadapi
liku-liku suka duka dan getir hidup sebagai
pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.
Memori Semalam hasil nukilan
Haifaa’Liyana binti Salim turut mengisahkan
memori berada di sekolah yang sama.
Nurul Nadiah binti Mahmud
pula mencoret Mendung Cerah yang
mengisahkan Hawaina yang mendapat keputusan
cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia setelah
menjadikan kisah pahitnya sebagai ikhtibar.
Muhammad Rasydan bin Rosnin pula menulis
cerpen Mengapa? Kayut pelajar yang
amat disenangi setelah pelbagai bakatnya
diserlah ketika masih belajar, tapi sikap
terhadap ibu bapanya amat mengecewakan.
Menyesal Tak Sudah cerpen hasil tulisan
Siti Aishah binti Mohd Safian mengisahkan
Amir yang sering melepak bersama-sama
rakan-rakan selepas pulang dari sekolah.
Pencuri Durian pula mengisahkan Zawawi
yang didakwa mencuri durian oleh penulisnya
Amira Auni Asmadi.
Pengemis Jalanan
oleh Aisyah
Farhana Che Awang mencoret tentang pengemis
cilik. Cerpen Qistina karya
terbaik Amirah binti Azhar mengisahkan
gadis muda yang berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai impian mendapat keputusan yang
cemerlang dalam SPM. Riwayat Firdaus
karya Muhammad Faridduddin bin Abdul Rahim
mengisahkan keletah kawan baiknya Firdaus yang
nakal sewaktu dalam kelas. Firdaus Dainure
pula menulis Riwayat Tedu Derhaka.
Kisah Farid yang menghadapi masalah disiplin.
Muhammad Haziq bin Ahmad pula mencoret
Karangan Pertama. Kisah Lina yang
bermasalah dengan keluarganya manakala Siti
Syamimi Sazali pula mengungkap kisah Haikal
yang turut mempunyai masalah disiplin yang
teruk, sering dimarahi oleh warden dan akhirnya
kembali menjadi baik dan berjaya dalam hidup.
Syabas diucapkan dan semula hasilan ini menjadi
tanda bekas tangan pelajar 5 Azam dan 5 Maju
yang dapat dikenang dan diingati.
Zainudin bin Dirin
Samura, Oktober 2007.
|