|
Persiapan Kemahiran
Mendengar
Secara Berkesan
Teknik
mendengar yang berkesan ialah :
- Membiasakan diri dengan memberi tumpuan terhadap
penerangan guru dan
perbincangan yang
diada-kan dalam kelas. Ini dapat membantu anda
menggarap fakta penting serta membayangkan bentuk soalan yang bakal
dikemukakan dalam peperiksaan.
- Mendengar
dengan teliti. Melalui cara ini, kita akan
dapat mendisiplinkan diri
dan dapat mencatat segala maklumat penting serta dapat
menilai penerangan
guru.
- Membuat
nota ringkas sewaktu mendengar. Ia akan
memudahkan anda
sewaktu mengulang kaji
pela-jaran. Malahan memudahkan anda memahami
dan mengingati fakta.
Belajar
Merancang Masa
- Latih diri
membuat perancangan waktu yang berkesan.
- Bahagikan
masa dengan sebaik-baiknya.
- Gunakan
kebijaksanaan dalam membuat perancangan. Ubah
jadual
sekiranya tidak menepati kehendak.
- Jadual
yang anda buat seharusnya :
- Disesuaikan dengan mata pelajaran yang lemah.
- Melebihkan masa untuk membuat tugasan di rumah.
- Rancangkan keseimbangan antara aktiviti sosial
dan waktu belajar.
- Jumlah purata waktu belajar perlu melebihi 10
jam seminggu.
- Masa belajar tidak terhad kepada waktu
perseko-lahan sahaja.
Membuat
Jadual Waktu Belajar
- Pastikan
mata pelajaran yang anda kurang kuasai.
- Pastikan
mata pelajaran yang anda kuasai dengan baik.
- Pastikan
mata pelajaran yang anda gemari, dan
- Pastikan
masa untuk tugasan setiap mata pelajaran.
- Pastikan
meluangkan masa yang lebih pada mata pelajaran
yang disukai.
- Berilah
tumpuan kepada mata pelajaran yang sukar
terlebih dahulu.
- Senaraikan
masa mengulang kaji bagi kesemua mata pelajaran.
- Anggarkan
masa untuk membuat tugasan yang boleh
diubah-ubah
bergantung pada banyak tugasan yang perlu disiapkan.
- Pastikan
anda mengulang kaji semua mata pelajaran dalam
seminggu.
- Tunaikan
sembahyang apabila masuk waktunya.
- Mulakan
mengulang kaji jauh lebih awal sebelum menjelang
sesuatu
peperiksaan.
- Selepas
mengulang kaji sesuatu mata pelajaran, berhenti
atau berehat
sebentar.
Strategi
Mengulang Kaji
- Mulakan
mengulang kaji awal-awal lagi.
- Tanamkan
dalam diri, belajar mestilah dengan memahami apa
yang dipelajari.
- Selain
berbincang dengan guru, luangkan masa untuk
berbincang dengan
rakan-rakan.
- Kumpulkan
maklumat yang dibincangkan, buat rumusan,
kemudian
persembahkan kepada guru
untuk melihat pandangannya.
- Fahami apa
yang dipelajari dengan membaca nota atau buku
teks berulang
kali.
- Buat dan
latih diri menjawab soalan-soalan peperiksaan
tahun-tahun yang
lalu.
- Pilih
buku-buku rujukan yang dianggap baik dan
memenuhi sukatan pelajaran
anda.
- Berusahalah menyusun kegiatan yang dapat
menggerakkan minda.
- Jangan
samakan membaca buku pelajaran seperti membaca
buku cerita.
- Menghafal
formula atau kata kunci pada pemahaman sesuatu
topik amat
digalakkan.
- Untuk
menguji daya ingatan, catat kembali apa yang
telah difahami tentang
sesuatu topik.
Teknik
Membaca
- Pastikan
topik yang ingin diutamakan.
- Baca
rujukan yang berkenaan, sambil berfikir.
- Jangan
tergopoh-gapah hendak menghabiskan sesuatu
bacaan.
- Berlatih
membaca dengan cepat kerana dapat menjimatkan
masa.
- Membaca
sambil berfikir menjadikan ada pelajar yang
kritis.
- Mengetahui
teknik membaca cukup penting dalam pembelajaran.
- Luangkan
masa ke pesta-pesta buku.
- Gunakan
kemudahan perpustakaan untuk kepentingan
pembelajaran.
Menyalin
Nota
- Baca
sesuatu topik dengan teliti.
- Fahami
dahulu apa yang disampaikan.
- Baca
sekali lagi untuk memastikan fakta yang penting
yang perlu diberi
perhatian.
- Gariskan
fakta-fakta tersebut.
- Catat
fakta di ruang kosong sebelah kanan teks.
- Catat
fakta yang penting ke dalam nota atau kertas
kecil yang sesuai
dijadikan kertas catatan.
- Gunakan
perkataan anda sendiri sewaktu membuat nota.
- Semasa di
kelas, beri perhatian kepada apa-apa yang
dijelaskan oleh guru.
Sambil mendengar catat apa-apa yang dirasakan penting.
- Catat
dengan bijaksana, pilih yang penting sahaja.
- Gunakan
singkatan atau lambang untuk mempercepatkan
membuat nota.
Cipta lambang atau
singkatan sendiri.
Ciri-ciri
nota yang baik :
-
Faktanya tersusun.
- Mempunyai tajuk yang berkaitan.
- Catatan jelas dan tidak menyimpang daripada
maksud asal.
- Tidak terlalu terperinci.
- Gunakan rajah untuk memudahkan ingatan.
Memperkayakan
Perbendaharaan Kata
- Anda harus
banyak membaca. Jangan tumpukan hanya satu
jenis bahan
bacaan sahaja.
- Gunakan
peluang mendengar rencana atau berita yang
disiarkan di radio dan
di televisyen untuk
memperkayakan perbendaharaan kata.
- Penggunaan
perkataan terbaharu tentu akan menarik minat
pembaca dan
pemeriksa.
- Kuasai
tatabahasa Bahasa Melayu.
- Penggunaan
perkataan mestilah tepat dan ringkas.
- Bahasa
basahan tidak boleh sekali-sekali digunakan
semasa menjawab
soalan peperiksaan.
- Tulisan
memainkan peranan dalam peperiksaan.
- Persembahan jawapan yang menarik dengan tulisan
yang boleh dibaca.
|