|
Anda akan lebih
mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri
mengamalkan apa yang dipelajari. Oleh itu,
anda perlulah :
- Hubungkan
pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui.
Contohnya,
mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan
dengan fakta
yang diketahui.
Nombor telefon
: 5776242
Boleh dipecahkan kepada
57-76-242
Boleh diingat sebagai
:
- Tahun
kemerdekaan Malaysia (57)
- Umur nenek (76)
- Nombor rumah (242)
-
Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadikan
perkataan atau bunyi yang
senang dikenali. Atau ambil dua huruf awal setiap
perkataan dan
mengingatkan fakta.
-
Kaedah-kaedah lain :
1.
Mnemonik (menyusun
semula apa yang dipelajari dalam bentuk
mudah
diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri).
Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti :
-
Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila,
Singapura.
-
Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti
berikut :
Kalau
Basi
Jangan
Makan,
Sakit!
2.
Akronim (membuat kependekan kepada suatu
senarai maklumat yang
perlu diingati). Kependekan seperti nama jabatan
kerajaan seperti
INTAN, KEJORA dan sebagainya.
|