|
BAHASA MELAYU
PMR
KERTAS SATU
Soalan 36-40
(Pemahaman Puisi)
-
Soalan ini menguji pemahaman calon tentang
petikan yang dibaca.
-
Petikan yang diberi berdasarkan antologi Sehijau
Warna Daun (Tingkatan 1),
Antologi
Seuntai Kata
Untuk Dirasa (Tingkatan 2), dan Anak
Bumi Tercinta
(Tingkatan 3).
-
Calon diuji berdasarkan petikan daripada genre
puisi iaitu seperti gurindam,
seloka,
pantun,
syair dan puisi moden iaitu sajak.
-
Calon perlu membaca petikan dengan teliti
sekurang-kurangnya dua kali.
-
Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang
berkaitan dengan soalan
sahaja.
- Bacalah soalan-soalan dan
setiap jawapan pilihan dengan teliti.
- Fahamilah maksud penggunaan
kata dan frasa seperti kecuali, antara
berikut,
pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar,
perkara
utama, mesej, pengajaran, tema,
nilai murni, dan sebagainya.
- Jika kata atau frasa ini
tidak difahami secara jelas, maka calon akan
membuat
kesilapan semasa mencari jawapan.
-
Secara umumnya, soalan-soalan ini
berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
Soalan (a)
Soalan pemahaman
berdasarkan petikan;
Calon dikehendaki
mencari jawapan berdasarkan isi
petikan sahaja. Kenal pasti jawapannya
dalam setiap perenggan atau
setiap rangkap.
Soalan (b)
Soalan pemahaman KOMSAS
berdasarkan petikan\
Calon dikehendaki mengenal pasti
aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan
petikan sahaja.
Soalan (c)
Soalan pemahaman KOMSAS
berdasarkan keseluruhan prosa
atau puisi Calon dikehendaki mengenal pasti
aspek-aspek sastera
berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.
Contoh Soalan
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian
jawab soalan-soalan
berikutnya.
PANTUN NASIB
Jemur padi di tengah padang,
Anak ayam disambar helang;
Apa malang nasibnya badan,
Burung di tangan di sambar orang.
Seri Mersing lagu Melayu,
Mari
dikarang zaman dahulu;
Duduk
termenung menongkat dagu,
Mengenang nasib dagang piatu.
Pukul gendang kulit biawak,
Sedikit tidak berdentum lagi;
Di mana hati hendak dibawa,
Sedikit tidak beruntung lagi.
Dari
Jawa ke Bangkahulu,
Membeli keris di Inderagiri;
Kawan
ketawa ramai selalu,
Kawan
menangis seorang diri.
Pantai Lukut luas terbentang,
Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
Masuk tak penuh keluar tak kuang.
(Dipetik
daripada Antllogi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan
3, DBP)
36. Maksud kata menongkat
dalam pantun ini ialah…
A.
menolak
B. menyapu
C. menopang
D. mengangkat
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah C
Menongkat bermaksud meletakkan sesuatu pada dagu
seseorang. Perkataan
menolak,
menyapu dan
mengangkat tidak sesuai dalam konteks ini.
Kawan ketawa ramai
selalu
Kawan menangis seorang diri
37.
Berdasarkan kedua-dua baris
pantun di atas, apakah mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis?
A.
Sahabat ketika senang memang
banyak dan mudah dicari tetapi
rakan semasa sudah, sukar ditemui.
B.
Orang yang suka ketawa selalunya
mudah mendapat kawan tetapi
orang yang asyik menangis sukar mendapat kawan.
C. Seseorang
yang suka ketawa sebenarnya untuk mengurangkan
rasa sedih yang ditanggungnya.
D. Orang
yang banyak berkawan sudah tentu selalu
bergembira dan
dapat mengelakkan perasaan sedih.
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah A
Jawapan A memang bersesuaian dengan maksud
pantun nasib yang
dinyatakan.
Masuk tak
penuh keluar tak kurang
38.
Unsur keindahan bahasa yang
terdapat pada kata tak dalam baris
keempat,
rangkap kelima pantun Nasib ialah gaya bahasa…
A. sinkof
B. inversi
C. epifora
D. anafora
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah A
Sinkof bermaksud kependekan kata seperti hendak=>
nak, Tidak => tak dan
sebagainya.
39.
Pengajaran yang terdapat dalam
rangkap terakhir pantun di atas ialah
A.
hendaklah rajin melakukan kerja
B.
Janganlah suka merampas hak orang
C.
hendaklah jujur dalam hubungan persahabatan
D.
janganlah memandang rendah kepada orang lain.
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah D
Rangkap tersebut bermaksud janganlah kita
merendah diri dengan kebolehan
yang ada pada
diri kita sendiri. Pengajarannya adalah kita tidak
seharusnya
memandang rendah kebolehan orang lain
walaupun dia mempunyai kelemahan
dan
kekurangan.
40. Apakah tema pantun nasib
di atas?
A.
Nasib malang yang selalui dihadapi
B.
Sesuatu hajat yang tidak berkesampaian
C.
Kesukaran hidup apabila berada diperantauan
D.
Kesukaran mendapat kawan yang boleh berkongsi
penderitaan.
Ulasan Jawapan:
Jawapan
ialah A
Tema pantun Nasib ini ialah nasib malang yang
selalu dihadapi orang penyair.
|