BAHAGIAN D
NOVEL
Pengenalan
- Bahagian D meminta calon
menjawab soalan yang berkaitan dengan novel
wajib
bagi setiap zon.
-
Masa yang dicadangkan untuk
menjawab soalan D ialah
10 minit.
-
Hanya satu soalan novel
yang dikemukakan.
-
Setiap calon wajib
menjawab soalan tersebut dan
tiada pilihan soalan
lain.
-
Calon mesti mengkaji tiga buah
novel, sebuah dari tingkatan satu, sebuah
dari tingkatan dua dan sebuah dari tingkatan tiga.
-
Soalan perbandingan antara dua
buah novel juga mungkin dikemukakan.
-
Markah maksimum ialah 10
markah
Teknik Menjawab
-
Baca soalan sekurang-kurangnya
dua kali untuk memahami kehendak
soalan.
-
Kemudian, rangka isi jawapan
berdasarkan kehendak soalan.
-
Jawapan mesti ditulis dalam
bentuk perenggan.
-
Jawapan dalam bentuk isi-isi
penting atau nota ringkas
tidak
dibenarkan.
-
Jawapan mesti ditulis dalam
ayat yang lengkap.
-
Setiap jawapan yang diberi mesti
mengandungi sekurang-kurangnya tiga isi.
-
Setiap isi perlu dihuraikan
dengan
a.
Pernyataan
b. Huraian,
dan
c. Contoh
-
Panjang jawapan sekitar
80 hingga 120 patah perkataan.
-
Soalan bahagian ini adalah
berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon
masing-masing.
-
Antara aspek yang disoal adalah
dari aspek-aspek sasteranya seperti
sinopsis,
tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya
bahasa, nilai,
dan pengajaran.
-
Selain itu, pelajar juga
mesti mengelakkan daripada melakukan banyak
kesalahan
dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah
untuk
bahasa dalam soalan ini.
-
Jika ada masa, tulislah
sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak
akan
ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan
markah.
Contoh
Jawapan mestilah berdasarkan
satu daripada novel yang telah anda kaji
sama
ada di Tingkatan 1,Tingkiatan 2, atau
Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.
1.
Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja
Abdullah)
2.
Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)
3.
Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj.
Yusuf)
4.
Limpahan Darah di Sungai Semur (Zakaria
Salleh)
5.
Pahlawan Pasir Salak (Mohd.
Ismail Sarbini)
6.
Tragedi Empat Disember (Dzul
Karnain Ithnain)
7.
Timulawak Kapal Perang (Azmah
Nordin)
8.
Kapten Hassan Wira Bangsa Harun
Johari)
9.
Panas Salju (Talib Samad)
10.
Merdeka! Merdeka! (A Rahman
Hanafiah)
11.
Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)
12.
Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan
Nordin)
Apakah yang
dimaksudkan dengan teknik plot? Terangkan dua
teknik plot yang
digunakan dalam novel yang anda
kaji.
Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji ialah Novel
Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain
Ithnain. Terdapat teknik plot dalam novel
tersebut. Teknik plot bermaksud cara pengarang
menulis sesebuah cerita. Antara teknik yang
digunakan oleh pengarang adalah seperti teknik
dialog iaitu ucapan atau kata-kata yang
diucapkan oleh watak. Teknik pemerian pula
disampaikan secara langsung oleh pengarang
kepada pembaca dengan tujuan memberi gambaran
sebenar. Teknik imbas kembali pula adalah
penyusunan cerita yang meminta watak mengimbau
kembali masa lalu dan hal ini memberi keyakinan
kepada pembaca. Teknik lain ialah seperti teknik
suspens, teknik monolog dalaman, teknik kejutan
dan juga teknik imbas muka.
Dua teknik plot yang digunakan
dalam Novel Tragedi Empat Disember ialah Teknik
Monolog Dalaman dan Teknik Imbas Muka. Dalam
novel ini Teknik Monolog dalaman yang digunakan
adalah percakapan dalam diri watak utama iaitu
Azam. Percakapan ini dapat dilihat melalui gerak
hati dan biasanya penggunaan monolog dalaman
menggambarkan gejolak batin dan fikiran watak.
Contohnya, Azam resag dengan tiba-tiba sahaja.
Entah mengapa hatinya berdebar. Hatinya
tertanya-tanya – milik syarikat penerbangan
manakah kapal terbang itu? Milik syarikat luar
negara atau milik syarikat tempatan?
Teknik imbas muka pula
disampaikan melalui proses khayalan, mimpi,
renungan, ramalan, kata-kata kiasan atau
sindirian. Dalam novel ini teknik ini digunakan
ketika Azam mengingat kembali peristiwa ketika
di Jeti. Contohnya, “Jika berlaku sesuatu
kemalangan, kita boleh berenang ke tepi. Kalau
terlalu jauh ke tengah, kita boleh mati lemas.”
Begitulah kata Azam ketika mereka akan bertolak
dari pangkalan di Pantai Lido pagi tadi.
Demikianlah dua teknik plot yang
terdapat dalam Novel Tragedi Empat Disember.
Teknik tersebut memberikan kesan yang sungguh
mendalam.