|
Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan
mewawancara seorang pegawai polis di sebuah
bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu
membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah
masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan
lengkap.
Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas
dan peranan polis. Dalam membenteras masalah
tersebut, polislah yang bertanggungjawab
memastikan setiap individu dan masyarakat
terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk
mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku
pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf
Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita
ikuti wawancara tersebut.
|
Pemberita |
: |
Selamat pagi, tuan. Apa khabar?
|
|
Pegawai Polis |
: |
Selamat pagi. Khabar baik.
|
|
Pemberita |
: |
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada
tuan kerana sudi meluangkan masa untuk
diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang
sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing.
Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan
seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara
ini? |
|
Pegawai Polis |
:
|
Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa
undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa
polis, undang-undang yang ada tidak bermakna
kerana undang-undang tersebut tidak dapat
dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk
pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah
negara tiada undang-undang. Jika tiada
undang-undang yang berkaitan dengan jenayah,
tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah
tidak kesampaian. Jadi polis dan
undang-undang mempunyai kaitan yang begitu
rapat. |
|
Pemberita |
: |
Bolehkah tuan huraikan dengan lebih
jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di
negara kita? |
|
Pegawai Polis |
: |
Sesuai dengan peranan polis sebagai
penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering
digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan
dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan
Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol,
mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara
Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk
menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang
melakukan jenayah-jenayah tadi. |
|
Pemberita |
: |
Cuba tuan jelaskan tentang
kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah. |
|
Pegawai Polis |
: |
Kewibawaan dan prestasi pasukan
polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan
undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti
menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama.
Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak
polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau
kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti
berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu,
kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa
keberanian dan kewibawaan pihak polis.
Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa
sahaja demi menjaga keamanan negara.
Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti,
keluarga dan nyawa apabila bertugas. |
|
Pemberita |
: |
Tugas sebagai anggota polis tentu
menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu
sendiri. Cuba tuan berikan pandangan? |
|
Pegawai Polis |
: |
Ya, sebagai anggota polis, kami
memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya,
jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan
dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah
ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani
melawan anggota polis
kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang
menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali
juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang
ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat
sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah. |
|
Pemberita |
: |
Sebelum kita mengakhiri wawancara
ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi
masalah jenayah? |
|
Pegawai polis |
: |
Kita memerlukan kerjasama orang
ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita
membenteras masalah jenayah. Mereka harus
melaporkan kepada pihak kami jika berlaku
sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak
harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah
kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan
sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan
dan keamanan negara. |
|
Pemberita |
: |
Saya juga berharap penjelasan tuan
akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi
saya ucapkan atas kesudian tuan. |
|
Pegawai Polis |
|
Sama-sama. |
|