|
Ulasan Penulis
Menulis Karangan
a. Karangan
yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan
rangsangan yang
diberikan.
b.
Bahan rangsangan
boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar
bersiri, iklan,
graf, carta, poster dan
sebagainya.
c. Karangan
yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau
pendahuluan.
Bahagian ini amat
penting kerana mencerminkan isi yang ditulis
seterusnya.
d.
Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan
rangsangan secara khusus
dan mesti ditulis
ringkas, padat serta ditulis dalam satu
perenggan (anggaran
20 patah perkataan).
e. Pelajar
perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan
tema dan mesti diolah
dengan baik.
f. Isi
mesti berkaitan antara satu perenggan dengan
perenggan yang lain
(anggaran 70 patah perkataan
setiap satu isi).
g. Isi mesti
disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.
h. Kesimpulan
mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran
20 patah
perkataan). Ia mestilah ringkas, padat
dan dapat merumus tema yang
dibincangkan.
Ciri-ciri Karangan Yang Baik
a. Tema
bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan
jelas.
b. Isi
yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan
sebaik-baiknya isi
tersirat.
c.
Perenggan mesti kemas dan sesuai.
d. Satu
perenggan, satu isi dengan huraian isi serta
contoh.
e.
Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang
sebelumnya.
f.
Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.
g.
Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.
h.
Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan
yang menarik.
i.
Gunakan penanda wacana yang sesuai.
j. Isi
diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.
k. Mesti
mengelakkan penggunaan bahasa pasar.
l.
Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.
Kriteria Pembahagian Markah
a.
Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema
bahan rangsangan yang
diberikan sama ada relevan
atau tidak.
b.
Keupayaan pelajar mengemukakan
sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi
haruslah
disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang
sesuai.
c. Setiap
isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus
juga sesuai dengan
keadaan semasa dan mempunyai
kematangan fikiran.
d. Aspek
bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi
penulisan yang lancar dan
kemas, tiada kesalahan
tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan
kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar
yang tepat.
Aspek-aspek Yang Dinilai
a.
Karangan menepati tema bahan rangsangan.
b.
Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan
kematangan isi
dikembangkan.
c. Ejaan
dan struktur ayat.
d. Isi
yang ditulis sama ada yang tersurat atau
tersirat.
e.
Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik
yang digunakan.
f.
Pendahuluan atau pengenalan.
g.
Penutup atau kesimpulan karangan.
h.
Tulisan yang jelas.
i.
Pemerengganan.
j.
Kesantunan bahasa.
Kelemahan Calon
a. Pengenalan tidak menarik.
b. Isi
tidak menepati tema.
c. Isi
tidak dihuraikan.
d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.
e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.
f. Banyak
kesalahan ejaan.
g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.
h. Bahasa
yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
i.
Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
j. Isi
yang diulang-ulang.
k. Hanya
menghuraikan isi tersurat sahaja.
l.
Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari
dan daripada.

|