|
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
KOD 1103/2
KERTAS 2
SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)
STRATEGI MERUMUS KARANGAN
PETIKAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian
buat satu rumusan tentang
faedah-faedah hidup berjiran
dan
cara-cara memupuk semangat kejiranan.
Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada
kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap
lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara
jiran dalam masyarakat merupakan ciri
masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan
dapat memainkan peranan yang amat penting dalam
menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal
paling hampir dengan tempat kediaman kita.
Segala perkara yang berlaku pada diri kita
terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu,
jiran merupakan orang yang paling mudah
memberikan petolongan pada saat kita ditimpa
bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak berwajib atau
sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang
pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan
memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal
ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama.
Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu
padu mampu menjamin keselamatan setempat
daripada sebarang ancaman seperti kecurian,
penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat
dicegah dengan semangat kerjasama dan
keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti
khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes
jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya
kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak
sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli
keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat
seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang
buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung
sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana
bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama
lain sudah semestinya dapat menjana program yang
menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat.
Rahsia kejayaan program ini terletak pada
persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama
jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran
dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan,
negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan
masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang
baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat
tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal
ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah
bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa
kepada perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita
betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah
negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera
sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan
datang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan,
Cara Kekalkan
Hubungan
Baik,
oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)
A:
STRATEGI
MENGHASILKAN ISI TERSURAT
STRATEGI 1:
Baca dan
fahamkan petikan rumusan yang diberi
sekurang-kurangnya 2 kali,
-
Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran
keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
-
Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.
(masa dicadangkan 5 minit)
STRATEGI 2:
Tentukan kata
tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan
gariskan
perkataan-perkataan tersebut.
-
Fokus 1
= Isi tersurat
-
Fokus 2
= Isi tersirat
Sebagai contoh dalam petikan contoh 1
Fokus 1 iaitu
faedah-faedah hidup berjiran
merupakan fokus untuk
isi tersurat
manakala Fokus 2
iaitu
cara-cara memupuk semangat
kejiranan
pula merupakan
fokus untuk isi
tersirat.
CONTOH 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian
buat satu rumusan tentang
faedah-faedah hidup berjiran
[ISI
TERSURAT]
dan cara-cara memupuk
semangat kejiranan.
[ISI TERSIRAT]
Panjang rumusan hendaklah
tidak
melebihi 120 patah perkataan.
STRATEGI 3:
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi
dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab
Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.
Kemakmuran sesebuah negara amat
bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang
erat antara jiran dalam masyarakat merupakan
ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat
kejiranan dapat memainkan peranan yang amat
penting dalam (menjana kehidupan setempat
yang aman dan harmoni).
[ISI 1]
Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi
dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab
Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
Jiran ialah orang yang tinggal paling
hampir dengan tempat kediaman kita. Segala
perkara yang berlaku pada diri kita terlebih
dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran
merupakan orang yang paling
(mudah memberikan
pertolongan pada saat kita ditimpa
bencana) [ISI 2]. Pertolongan
seperti inilah yang amat diperlukan pada masa
kecemasan sementara menunggu bantuan pihak
berwajib atau sanak-saudara.
(Jiran yang
berbeza latar belakang)
pekerjaan,
pendidikan, agama dan budaya akan
(memberikan
manfaat yang besar kepada kita)
[ISI 3].
Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan
dan kemahiran yang boleh kita kongsi
bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di
samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu
(mampu menjamin keselamatan setempat)
[ISI 4]
daripada sebarang ancaman seperti
kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya
samseng.
Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi
dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab
Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
(Segala perkara yang mencemarkan
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat
dicegah)
[ISI 5] dengan semangat
kerjasama dan keperihatinan seama jiran.
(Gejala
sosial) seperti khalwat, penderaan
kanak-kanak dan kes-kes jenayah
(dapat
dibendung)
[ISI 6] jika jiran
memainkan peranan dan mengambil inisiatif
melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu
bertindak sekalipun gejala tersebut tidak
menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli
masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi
sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan
payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam
suasana bekerjasama dan mengambil berat antara
satu sama lain sudah semestinya
(dapat
menjana program yang menyumbang kebajikan kepada
masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia
kejayaan program ini terletak pada persepakatan
dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi
dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab
Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan
kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara
akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan
masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai.
(Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran).
[ISI
8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya
(memupuk semangat
toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka).
[ISI 9]
Sekiranya hal
ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah
bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa
kepada perbalahan dan perpecahan.
Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi
dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab
Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan
soalan iaitu
faedah-faedah hidup
berjiran.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita
betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
(menentukan kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara)
[ISI 10]
Hanya negara
yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat
meneruskan agenda pembangunan yang lebih
gemilang pada masa akan datang.
STRATEGI 4:
Senaraikan
Fokus 1
(isi-isi tersurat)
yang terdapat dalam petikan tersebut dan
kira jumlah
perkataannya.
Isi-isi Tersurat :
faedah-faedah hidup berjiran
-
Dapat menjana kehidupan setempat yang aman
dan harmoni [ 8 ]
-
Mudah memberikan pertolongan pada saat kita
ditimpa bencana. [ 8 ]
-
Jiran yang berbeza latar belakang memberikan
manfaat yang besar kepada
kita. [ 11 ]
Atau
-
Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran
yang dimiliki mereka [ 8 ]
-
Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
-
Dapat mencegah perkara yang mencemarkan
keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. [
9 ]
-
Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
-
Dapat menjana program yang menyumbang
kabijakan kepada masyarakat
setempat.
[ 9 ]
-
Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
-
Memupuk semangat toleransi, saling
mempercayai dan mengamalkan
perkongsian
pintar sesama mereka. [ 11 ]
-
Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara. [ 6 ]
STRATEGI 5:
Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah
perenggan yang lengkap.
PERINGATAN:
-
Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh
itu anda tidak perlu
memasukkan kesemua isi
kerana jumlah perkataan yang agak terhad.
Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk
fokus 1 ialah 60 – 65 patah
perkataan.
-
Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1
dalam ayat pertama
perenggan isi
tersurat.
CONTOH:
Antara
faedah hidup berjiran
ialah dapat
menjana kehidupan setempat yang aman dan
harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan
pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat
berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin
keselamatan setempat, dapat membendung gejala
sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran.
[ 46 patah perkataan ]
B :
STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT
STRATEGI:
-
Isi tersirat dibina berdasarkan
Fokus 2 soalan.
Isi ini tidak terdapat dalam
petikan yang
diberikan. Contoh dalam Petikan 1
Fokus 2
ialah:
cara-cara
memupuk semangat
kejiranan.
- Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan
analisis yang mendalam berdasarkan
isi
tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.
-
Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan
sekurang-kurangnya 2 isi
tersirat.
-
Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam
ayat pertama perenggan
isi tersirat.
STRATEGI 1:
Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat
berdasarkan fokus 2 iaitu
cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
CONTOH :
-
Mengadakan
majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan /
bersedia
memberi
pertolongan / tolong menolong [ konsep:
bekerjasama ]
-
Mengadakan
rumah terbuka / majlis keraian / ziarah
menziarahi / perihatin
atau ambil berat
hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara
hubungan
kejiranan / bertegur sapa /
saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak
formal ]
-
Membuat
rondaan bersama pada waktu malam / rukun
tetangga.
-
Mengadakan
tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan /
tabung khairat.
- Mengadakan
jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan
sektor rukun
tetangga /
persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi
formal ]
-
Mengadakan
hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan
-
Mengikis
sikap negatif dalam diri individu / jangan
mementingkan diri / tidak
sombong /
berbaik sangka dengan jiran .
STRATEGI 2:
Membina perenggan isi tersirat.
CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT
Antara
cara memupuk semangat
kejiranan ialah dengan mengadakan majlis
gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa
kejiranan setempat. Selain itu, budaya
ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat
kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]
C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN
STRATEGI :
-
Fahami maksud keseluruhan petikan yang
diberikan.
-
Kenal pasti
Fokus 1 petikan tersebut kerana
berdasarkan
Fokus 1 itulah
penfahuluan
rumusan karangan dapat kita hasilkan.
-
Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya
ayat yang anda bina itu
menjadi ayat anda
sendiri.
-
Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat
sahaja.
-
Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan
membincangkan /
membicarakan …….
CONTOH PENDAHULUAN:
Fokus 1 :
Faedah-faedah hidup berjiran
Pendahuluan:
Petikan membincangkan peranan jiran dalam
kehidupan bermasyarakat di
negara kita.
atau
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan /
kelebihan / manfaat / hidup
berjiran dalam
masyarakat
D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN
- Kaji semula
fokus soalan sama ada
Fokus 1
dan Fokus 2.
-
Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan
fokus soalan tersebut.
-
Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda
terhadap fokus tersebut
berserta kesan atau
akibat cadangan / harapan tersebut.
-
Anda juga perlu menghubungkan antara
cadangan / harapan dengan kesan
atau akibat
cadangan dengan menggunakan kata hubung,
‘agar, supaya,
demi’.
-
Gunakan penanda wacana atau rangkai kata,
frasa yang menunjukkan
bahawa ayat tersebut
merupakan ayat kesimpulan.
-
Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …
CONTOH KESIMPULAN:
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai
jiran agar kehidupan yang
sejahtera dapat
diwujudkan
Atau
Justeru, semua pihak perlu menjalankan
tanggung jawab mereka dalam
masyarakat
dengan berkesan agar sebuah komuniti yang
sejahtera dapat
diwujudkan.
CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP
Petikan membincangkan
kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah
masyarakat.
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain
mudah memberikan pertolongan pada saat kita
ditimpa bencana, kita dapat berkongsi
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka.
Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan
setempat, serta dapat membendung gejala sosial
dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup
berjiran juga dapat mencegah perkara yang
mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat.
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah
dengan mengadakan majlis gotong-royong dan
mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat.
Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu
memupuk semangat kejiranan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai
jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat
diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]
|