Tarikh hari ini:

Detik-detik Gemilang

 

Pautan Utama

 

 

SPM : Kertas Dua

 

SPM Kertas Dua : Soalan 2 Bahagian A

BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

KOD 1103/2

 

SOALAN 2 : PEMAHAMAN

[ 35 MARKAH ]

 

 

 SOALAN 2 (a) : Petikan Umum [ 9 markah ]

 

  -  Ada 3 soalan akan dikemukakan

  -  2 soalan pemahaman secara langsung berdasarkan petikan; berikan

     maksud, apa, siapa, di mana, mengapa, bagaimana, jelaskan, terangkan ...

  -  Soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan soalan kemahiran

     berfikir; pada pendapat anda ….., sekiranya anda…., jika anda…., pada

     ramalan anda .....

 

 

  STRATEGI MENJAWAB

 

  STRATEGI 1:

 

  Baca dan fahamkan ketiga-tiga soalan pemahaman yang diberi.

 

  CONTOH:

  Soalan 2 (a) Petikan Umum (PETIKAN 1: RUMUSAN)

 

  Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut

  dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

  (i)   Berikan maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat.      

                                                                                          [ 2 markah ]

 

  (ii)  Nyatakan kepentingan perpaduan dalam hidup berjiran.                   

                                                                                          [ 3 markah ]

 

  (iii)  “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.”

        Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?                   

                                                                                          [ 4 markah ]

 

 

  STRATEGI 2:

 

  Gariskan kata tugas dalam arahan soalan tersebut:

 

  (i)    Berikan maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat.

 

  (ii)   Nyatakan kepentingan perpaduan dalam hidup berjiran.

 

  (iii)  “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.”

        Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?

 

  PERINGATAN:

 

  -  Soalan (i) jawapan hendaklah merujuk kepada petikan yang diberikan.

 

  -  Soalan (ii) jawapan juga dengan merujuk petikan yang diberi.

 

  -  Soalan (iii) soalan kemahiran berfikir yang memerlukan kebijaksanaan calon

     dalam mengemukakan jawapan.

 

 

  STRATEGI 3:

 

  Baca dan fahamkan soalan (i) sekali lagi kemudian baca petikan sambil

  mencari jawapan seperti dalam kehendak soalan.

 

  Bagi mencari maksud rangkai kata atau frasa kenal pasti kedudukan rangkai

  kata atau frasa itu dalam petikan.

 

  Soalan (i)

 

  Berikan maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat               

                                                                                          [ 2 markah ]

 

  CONTOH

 

  PETIKAN 1

 

……..Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyeludupan dadah dan budaya samseng.

 

 Contoh jawapan:

 

  (i)  Maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat ialah mengambil 

       langkah-langkah awal sebelum sesuatu yang buruk berlaku dalam kawasan

       mereka / kawasan yang sama / sekeliling mereka.

 

 

  STRATEGI 4:

 

  Baca soalan (ii) sekali lagi dan kemudian baca petikan yang diberikan.

  Cari jawapan dalam petikan dan gariskan jawapan yang betul. Anda juga perlu 

  meneliti markah yang diperuntukkan bagi soalan tersebut.

 

  Soalan (ii)

 

  Nyatakan kepentingan perpaduan dalam hidup berjiran.             

                                                                                         [ 3 markah ]

 

 

  Perenggan 4 Petikan 1

 

     Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara.[1] Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir [2] dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.[3] Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesame mereka. Sekiranya, hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

 

  Contoh jawapan:

 

  (ii)  Kepentingan perpaduan dalam hidup berjiran ialah perpaduan bertindak

       sebagai kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Perpaduan juga

       dapat mengelakkan negara daripada berada dalam keadaan kucar-kacir dan

       masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

 

 

  STRATEGI 5:

 

  Baca soalan (iii) dan fahamkan kehendak soalan. Kebiasaannya soalan (iii) ini

  merupakan soalan kemahiran berfikir.

 

  Soalan (iii)

 

  “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.”

  Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?                  

                                                                                          [ 4 markah ]

 

  Contoh jawapan:

 

  (iii)  Pada pendapat saya, “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur”

        kerana anggota masyarakat lebih bersifat materialistik. Mereka juga lebih

        mementingkan diri dan keluarga mereka sendiri. Kelunturan semangat

        kejiranan juga berpunca daripada tiada atau kurangnya aktiviti

        kemasyarakatan di kawasan itu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan

        kurangnya kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran dalam kalangan

        masyarakat.

 

 

©2008 Zainudin bin Dirin

 

<< Kembali ke menu utama SPM

 

 

Utama | Pengenalan | UPSR | PMR | SPM | Motivasi | Karya | Forum | Pautan  

©2009 Zainudin bin Dirin. Hakcipta Terpelihara cemerlangBM.com Rekabentuk Oleh: Feed Farid