|
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA
KOD 1103/2
SOALAN 2 : PEMAHAMAN
[ 35 MARKAH
]
SOALAN 2 (b) :
Petikan Cerpen/Drama [ 9 markah ]
-
Ada
3 soalan akan dikemukakan
-
2 soalan pemahaman secara langsung
berdasarkan petikan; berikan maksud,
apa,
siapa, di mana, mengapa, bagaimana, jelaskan,
terangkan …….
-
Soalan pemahaman atau aplikasi yang
berasaskan soalan kemahiran berfikir;
pada
pendapat anda ….., sekiranya anda…., jika
anda…., pada ramalan
anda……
STRATEGI MENJAWAB
STRATEGI 1:
-
Baca
dan faham ketiga-tiga soalan yang diberikan
terlebih dahulu, maka kita
akan memahami petikan
dengan mudah.
-
Gariskan kata tugas yang terdapat dalam arahan
soalan.
STRATEGI 2:
-
Baca
petikan yang diberi, Anda digalak untuk membaca
sebanyak dua kali:
- bacaan
pertama untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
petikan
-
bacaan
kedua untuk mendapat pemahaman
STRATEGI 3:
-
Baca
dan fahami kehendak soalan (i) sekali lagi
kemudian baca petikan
semula untuk mencari
jawapan soalan yang diberi
- Garis
jawapan bagi soalan (i) kemudian tulis jawapan
anda dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
STRATEGI 4:
-
Baca
soalan berikutnya dan fikirkan jawapan yang
benar-benar munasabah
kerana soalan ini
merupakan soalan kemahiran berfikir.
STRATEGI 5:
-
Baca
soalan berikutnya dan teliti petikan untuk
mencari jawapannya.
Jawapan soalan ini
memerlukan dua bahagian. Satu bahagian
jawapannya
terdapat dalam petikan yang diberi
dan satu bahagian lagi jawapan dalam
keseluruhan
bahan.
-
Jawapan bagi soalan ini memerlukan banda memberi
huraian terhadap fakta
yang diberikan (Huraikan).
LATIHAN 2b (1)
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Pada
mulanya aku berasa ada kelainan dan kekurangan
pada anggota badanku. Sesekali diangkat terasa
berat dan sakit. Meraba-raba lengan. Baru
menapak selangkah dua, aku jatuh terjelepuk.
Perit melakukan sebarang kerja dengan hanya satu
tangan. Saat genting itu hanya tuhan saja yang
mengetahui. Aku menangis sepuas-puas hati pada
hari itu. Serpihan kekesalan tersemat di
sanubariku. Lantaran mengikuti ekspedisi Kelab
Kembara sekolah semasa di tingkatan lima
dululah, aku menerima petaka ini. Sekaligus
meragut kelincahanku.
Akhirnya aku bertawakal dan redha!
Selagi hidup, selagi itu perjuangan tidak akan
tamat. Mesti memiliki prinsip perjuangan yang
unggul. Tahukah siapa pemujuk hati ini? Pastilah
Cikgu Balkis. Insan yang paling aku kagumi. Aku
menoleh hari-hari kelmarin yang aku lewati
berlorongkan kesuraman. Cikgulah yang banyak
meredakan kesesakan hidupku.
Aku masih ingat, semasa di tingkatan
dua, cikgu yang ketika itu mengajar kelas aku,
membuatkan aku benar-benar terpikat dengan
caranya mendidik kami sekelas. Dalam masa yang
sama, aku mengalami kegemparan yang pedih untuk
ditafsirkan. Ibu, ayah, dan tiga orang adikku,
mati terkorban dalam satu nahas jalan raya yang
dahsyat.
(Dipetik daripada cerpen Menatap Wajahnya
oleh Siti Hajar Mohd Zaki dalam antologi
Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka)
Soalan
i)
Mengapakah penulis berasakan hidupnya malang dan
suram?
[2 markah]
ii) Pada
pendapat anda, apakah ciri-ciri yang patut ada
pada seorang guru
yang baik dan dihormati pelajar?
[3 markah]
iii)
Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam
petikan di atas dan tiga
lagi daripada
cerpen
tersebut.
[4 markah]
|