|
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA
KOD 1103/2
SOALAN 2(C) : PETIKAN PROSA KLASIK [8 markah]
-
Terdapat
3 soalan yang dikemukakan
-
Soalan
terdiri daripada maksud perkataan atau rangkai
kata, pemahaman
secara langsung dengan merujuk
jawapan berdasarkan petikan yang
diberikan dan
soalan kemahiran berfikir.
-
Soalan
ini diperuntukkan markah sebanyak 8 markah.
STRATEGI 1:
-
Baca
dan faham ketiga-tiga soalan yang diberikan
terlebih dahulu, maka kita
akan memahami petikan
dengan mudah.
-
Gariskan kata tugas yang terdapat dalam arahan
soalan.
STRATEGI 2:
-
Baca
petikan yang diberi, Anda digalak untuk membaca
sebanyak dua kali:
- bacaan
pertama untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
petikan
- bacaan
kedua untuk mendapat pemahaman
STRATEGI 3:
-
Baca
dan fahamkan kehendak soalan (i) sekali lagi
kemudian baca petikan
semula untuk mencari
jawapan soalan yang diberikan. (Ingat: soalan (i)
dan
soalan (ii) rujuk jawapan dalam petikan)
- Gariskan
jawpan bagi soalan (i) dan soalan (ii) kemudian
tulis jawpan anda
dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
- Perhatikan
pembahagian markah sebagai panduan untuk mencari
isi.
- Baca
soalan berikutnya dan fikirkan jawapan yang
benar-benar munasabah
kerana soalan ini
merupakan soalan kemahiran berfikir.
LATIHAN 2c (1)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian
jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat yang betul.
Sungguhpun demikian kata bapanya. Tidak jua
didengar oleh anak kera itu, sedia kala pergi
juga ia bermain-main dengan anak saudagar itu.
Adapun luka anak kera sudahlah sembuh, tetapi
luka anak saudagar itu belum juga sembuh lagi,
beberapa pun diubati oleh tabib, tiada
juga baik.
Maka
kata tabib kepada saudagar itu, ”Adapun luka
anak tuan hamba ini, jika beroleh hati anak kera
itu, sembuhlah.”
Setelah anak saudagar mendengar kata tabib
demikian, maka katanya, ”Meski hamba mati
sekalipun, bahawa sesungguhnya tiadalah hamba
mahu membunuh anak kera itu.”
Setelah dilihat oleh saudagar itu luka anaknya
itu tiada juga mahu sembuh lagi, maka saudagar
itu pun berfikir di dalam hatinya. ”Baiklah,
apabila datang anak kera itu, kubunuh.”
Syahadan, pada suatu hari, datanglah anak kera
itu hendak bermain-main dengan anak saudagar itu
seperti adat sedia kala juga, maka segera
ditangkap oleh saudagar dan dibunuh akan dia,
diambilnya hatinya lalu diubatkan anaknya itu.
Maka luka anak saudagar itu pun sembuhlah.
Demikianlah ceritanya.
(Dipetik
daripada Cerita Bayan
Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya,
dalam Antologi Anak Laut, DBP, 2000)
(i) Apakah maksud rangkai kata
beberapa pun diubati oleh tabib berdasarkan
petikan di atas ?
[2 markah ]
(ii) Apakah nasihat bapa kera kepada
anaknya? Nyatakan akibat yang diterima
oleh
anak kera tersebut.
[3 markah ]
(iii) Pada pandangan anda, adakah tindakan
saudagar itu wajar? Berikan alasan
anda.
[3 markah ]
|