Tarikh hari ini:

Detik-detik Gemilang

 

Pautan Utama

 

 

SPM : Kertas Dua

 

SPM Kertas Dua : Soalan 2 Bahagian D

 

BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

KOD 1103/2

 

 

 

 STRATEGI SOALAN 2(d) : PUISI [9 markah]

 

  3 soalan dikemukakan

  -  Soalan berdasarkan 10 puisi tradisional dan 12 buah sajak.

  -  Soalan (i) soalan pemahaman langsung iaitu berdasarkan puisi.

  -  Soalan (ii) berdasarkan soalan kemahiran berfikir.

  -  Soalan (iii) berdasarkan kepada soalan komsas.

  -  Markah penuh 9 markah.

 

 

  STRATEGI 1:

 

  -  Baca dan fahamkan ketiga-tiga soalan yang diberikan terlebih dahulu.

  -  Gariskan kata tugas yang terdapat dalam arahan soalan.

 

 

  STRATEGI 2:

 

  -  Baca petikan yang diberi,  Anda digalak untuk membaca sebanyak dua kali:

          -  bacaan pertama untuk mendapatkan gambaran keseluruhan petikan

          -  bacaan kedua untuk mendapat pemahaman

 

 

  STRATEGI 3:

 

  -  Kenal pasti jenis soalan iaitu soalan langsung, soalan kemahiran berfikir dan

     soalan komsas.

  -  Perhatikan jumlah markah yang diperuntukkan dalam usaha mencari isi

     jawapan

  -  Jawab dalam ayat yang lengkap.

 

 

 LATIHAN 2d(1)

 

Baca pantun di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri

 

   Pantun Mengenang Nasib

 

   Pisau raut hilang di rimba,

   Pakaian anak raja di Juddah;

   Karam di laut boleh ditimba,

   Karam di hati bilakah sudah.

 

   Kusangka nanas di tengah padang,

   Kiranya pandan yang berduri;

   Kusangka panas sampai ke petang,

   Kiranya hujan di tengah hari.

 

   Buah berangan masaknya merah,

   Kelekati dalam perahu;

   Luka di tangan nampak berdarah,

   Luka di hati siapa tahu.

 

   Apa diharap kepada tudung,

   Tudung saji terendak bentan;

   Apa diharap kepada untung,

   Untung nasib permainan badan.

 

 

 SOALAN

 

     i.   Apakah maksud rangkap ketiga pantun di atas?

                                                                                                   [2markah]    

 

     ii.  Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh terlalu mengharap

          kepada nasib?      

                                                                                                  [3 markah]   

 

    iii.  Huraikan beberapa pengajaran yang terdapat dalam pantun di

         atas.                                                                                               

                                                                                                  [4 markah]

 

 

©2009 Zainudin bin Dirin

 

<< Kembali ke menu utama SPM

 

 

Utama | Pengenalan | UPSR | PMR | SPM | Motivasi | Karya | Forum | Pautan  

©2009 Zainudin bin Dirin. Hakcipta Terpelihara cemerlangBM.com Rekabentuk Oleh: Feed Farid