|
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA
KOD 1103/2
KERTAS 2
Soalan 3 (a) [6 markah]
Jenis-Jenis Soalan
Membina Ayat.
Peringatan Kepada
Pelajar
-
Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang
diberikan dan sebaik-baiknya ialah
ayat
berlapis iaitu sesuai dengan peringkat
kematangan pelajar Tingkatan 4
dan 5.
-
Satu markah akan diberikan pada ayat yang
betul.
- Setengah markah akan ditolak
bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/
isi
yang tidak
jelas.
-
Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan
bahasa atau nama khas.
-
Jangan bina lebih daripada satu ayat.
-
Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah
imbuhan pada perkataan yang diberi.
-
Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap
ajuk. (Ikut peraturan membina
ayat cakap
ajuk).
1.
Membina ayat daripada kata ganda
Kata ganda penuh
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah
untuk menunjukkan anda faham
akan penggunaan dan
maksudnya.
i. jari-jari
ii. suka-suka
iii. tinggi-tinggi
iv. angan-angan
Contoh jawapan:
i. Jari-jari
Jari-jari
pada jendela di rumah usang itu telah rosak
dimakan
anai-anai.
ii. Suka-suka
Saya hanya
suka-suka pergi ke pantai tersebut untuk
mencari ketenangan.
iii.
Tinggi-tinggi.
Bangunan yang
terdapat di ibu kota kebanyakannya
tinggi-tinggi belaka.
iv. Angan-angan.
Kita hendaklah
menjadikan angan-angan kita sebagai satu
kenyataan dalam
hidup.
Kata ganda
separa/ sesuku
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah
untuk menunjukkan anda faham
akan penggunaan dan
maksudnya.
i. cecair
ii. kekuda
iii. dedalu
iv. jejari
Contoh jawapan:
i.
Cecair.
Cecair
berwarna kuning yang terdapat di dalam botol itu
digunakan sebagai
bahan
penyubur pokok.
ii. Kekuda
Tulang
bumbung rumah itu dipasang
kekuda supaya
kukuh dan tidak
mudah
ditiup angin.
iii. Dedalu
Banyak pohon
dedalu menumpang hidup pada
pokok-pokok besar di hutan
tersebut.
iv. Jejari.
Lima meter panjang
jejari pada bulatan di atas bumbung
bangunan itu.
Kata
ganda berentak
Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di
hujung)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah
untuk menunjukkan anda faham
akan penggunaan dan
maksudnya.
i. sayur-mayur
ii. kuih-muih
iii. cerai-berai
iv. karut-marut.
Contoh jawapan:
i. Sayur-mayur.
Sayur-mayur
yang masih segar dijual di pasar tersebut pada
setiap pagi.
ii. Kuih-muih.
Kuih-muih
itu dibuat untuk majlis perkahwinan anak Pak
Abu.
iii. Cerai-berai.
Tindakan Haji
Hussin yang keterlaluan itu telah mendorong
keluarga anak
sulungnya menjadi
cerai-berai.
iv.
Karut-marut.
Orang Melayu mudah
terikut-ikut dengan kepercayaan yang
karut-marut
itu.
Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di
pangkal)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah
untuk menunjukkan anda faham
akan penggunaan dan
maksudnya.
i. kayu-kayan
ii. bolak-balik
iii. mandi-manda
iv. Lalu-lalang
Contoh jawapan:
i. Kayu-kayan.
Kayu-kayan
yang keras telah digunakan untuk membuat perabot
yang
berukir itu.
ii. Bolak-balik.
“Jangan bercakap
bolak-balik sehingga ayah menjadi marah”
kata Ali
kepada adiknya.
iii. Mandi-manda.
“Puteri Bongsu
sedang
mandi-manda di kolam di belakang
istana” kata
hulubalang kepada baginda
sultan.
iv. Lalu-lalang.
Banyak kenderaan
lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah
tersebut.
Contoh soalan, (Kata ganda berentak bebas)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah
untuk menunjukkan anda faham
akan penggunaan dan
maksudnya.
i. anak-pinak
ii. lintang-pukang
iii.
ramah-tamah.
iv.
kusut-masai
Contoh jawapan:
i. Anak-pinak.
“Hampir
semua
anak-pinak Pak Sulung hadir
bersama bagi meraikan
majlis hari jadinya
yang keseratus lapan semalam” kata Hajah Siti
Hajar
kepada emak saudaranya.
ii. Lintang-pukang.
Penagih-penagih
dadah di belakang rumah besar itu lari
lintang-pukang
apabila mereka diserbu oleh
pihak polis.
iii. Ramah-tamah.
Sikap
ramah-tamah
yang ditunjukkan Haji Majid dan keluarganya
menyebabkan
keluarga kami suka mengunjungi rumahnya.
iv. Kusut-masai.
Rambutnya kelihatan
kusut-masai apabila terkena hujan lebat.
2.
Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama
bunyi tetapi
berlainan
maksud.
Contoh soalan:
Tuliskan ayat bagi setiap perkataan dalam
pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan
perbezaan maksud.
i.
deklarasi - deklamasi
ii.
suram - suam
Contoh jawapan:
i. (a).
Deklarasi.
Satu
deklarasi
mengenai penjagaan alam sekitar telah dibuat di
Kuala
Lumpur oleh ketua-ketua
negara ASEAN.
(b). Deklamasi.
Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Kebangsaan
Peringkat
Daerah Segamat telah
diadakan pada bulan lepas.
ii. (a).
Suram.
Kabus yang tebal
menyebabkan cahaya lampu di atas bukit itu
kelihatan
suram.
(b). Suam.
Pak Abu menggunakan
air suam untuk melembutkan kerak nasi
yang
terdapat di dalam periuk itu.
3.
Membina ayat daripada perkataan tunggal atau
kata dasar dan
perkataan
berganda.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan
perkataan di bawah supaya jelas
menunjukkan
perbezaan maknanya tanpa menambah sebarang
imbuhan.
i. tupai -
tupai-tupai
ii. senang
- senang-senang
Contoh jawapan:
i. (a).
Tupai.
Beberapa ekor
tupai telah terperangkap dalam jebak yang
dipasang di
atas pokok durian di dusun Pak
Leman.
(b). Tupai-tupai.
Tupai-tupai
dipasang pada tiang bumbung rumah itu supaya
kedudukan
bumbung rumah itu terus
kukuh.
ii. (a).
Senang.
“Asmah, bukan
senang aku nak dapat kebenaran daripada
ayah” kata
Aminah kepada adiknya.
(b).
Senang-senang.
“Ketika
senang-senang, datanglah ke rumah saya,”
kata ibu kepada
rakannya.
4.
Membina ayat daripada rangkai kata atau
ungkapan.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di
bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan
penggunaan atau maksudnya.
i.
hati
terbuka
ii. berputus
asa
iii. jiwa
merdeka
iv. serkap
jarang
Contoh jawapan:
i. Hati
terbuka.
Cikgu Halimah
menerima tetamu pada hari raya dengan
hati
terbuka.
ii. Berputus
asa.
Kita jangan
berputus asa walaupun telah lima kali gagal
dalam
peperiksaan.
iii. Jiwa merdeka.
“Mantapkan
jiwa merdeka pada diri anda agar anda
menjadi seorang
warganegara
yang disegani",
nasihat guru kaunseling kepada anak
muridnya.
iv. Serkap
jarang.
Tuduhan yang
dikenakan kepada pegawai itu kurang mempunyai
bukti yang
kukuh dan tindakan itu
hanya sebagai
serkap jarang sahaja.
5.
Membina ayat daripada perkataan berimbuhan.
Contoh soalan:
Tuliskan ayat bagi setiap pasangan perkataan di
bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. penyedap
- menyedapkan
ii. penamaan
- kenamaan.
Contoh jawapan:
i. (a)
Penyedap.
Rempah ratus
dari India digunakan sebagai penyedap
dalam masakan
itu.
(b) Menyedapkan.
Udang kering yang
dikisar dimasukkan ke dalam makanan itu untuk
menyedapkan rasanya.
ii.
(a) Penamaan.
Penamaan
calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri
Kawasan
Sepinang akan dilakukan pada hari esok.
(b) Kenamaan.
Beberapa orang
kenamaan
telah hadir untuk menyerikan majlis
perkahwinan tersebut.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan
perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda
faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. ada
ii. berada
iii. mengadakan
iv. keadaan
Contoh jawapan:
i. Ada.
Dia
ada wang
untuk membeli kereta mewah tersebut.
ii.
Berada.
Ketika rumahnya
runtuh ditiup angin, dia
berada di rumah
rakannya.
iii. Mengadakan.
Kerajaan telah
mengadakan kempen gaya hidup sihat semenjak
dua
bulan yang lalu.
iv.
Keadaan.
Encik Ramasamy
berada dalam keadaan tenat setelah
diserang penyakit
jantung.
6. Membina ayat daripada kata banyak makna
Contoh soalan:
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah
supaya jelas menunjukkan
perbezaan maknanya.
i. kuat
ii. cetek
Contoh jawapan:
i.
Kuat.
1.
Walaupun badannya kurus tetapi dia
kuat
makan.
2.
Bangunan yang dibina itu sungguh
kuat dan
teguh.
ii. Cetek.
1.
Sungai
di belakang rumahnya tidak berbahaya kerana
airnya
cetek.
2.
Dia
tidak terpilih menjadi ketua kerana ilmu
persilatan yang
dimiliknya masih
cetek.
7. Membina ayat daripada
pasangan perkataan berimbuhan dan
pasangan
perkataan
berganda.
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan
di bawah untuk menunjukkan
perbezaan maksudnya.
i.
mengharapkan -
harap-harap
ii.
menyenangkan -
bersenang-senang
Contoh jawapan:
i. (a).
Mengharapkan.
Encik Hassan
terlalu mengharapkan anaknya agar dapat
melanjutkan
pelajaran ke Institut Pengajian
Tinggi Awam pada tahun hadapan.
(b). Harap-haap.
“Harap-harap
dia akan melaksanakan tugas tersebut dengan
sempurna” kata
pengetua kepada
penolong kanannya.
ii. (a).
Menyenangkan.
Para guru hendaklah
menggunakan Teknologi Maklumat bagi membantu
dan
menyenangkan mereka mengajar.
(b). Senang-senang.
Mohamad Zaki memberi
tahu gurunya bahawa soalan peperiksaan
akhir tahun mata
pelajaran Matematik yang dikeluarkan oleh
gurunya
itu
senang-senang belaka.
|