|
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA
KOD 1103/2
KERTAS 2
Soalan 3 (b)
Kemahiran berbahasa [6 markah]
Contoh-contoh soalan tentang kemahiran bahasa:
Latihan 1
Pisahkan ayat-ayat dalam petikan ini kepada enam
ayat dasar dengan
mengekalkan struktur dan
maksud asalnya.
|
Iklan mempunyai peranan yang penting dalam
mempengaruhi dan memujuk pengguna agar membeli
barangan serta perkhidmatan, di samping
berperanan memberi maklumat yang betul berkenaan
sesuatu produk. |
Jawapan:
-
Iklan mempunyai peranan yang penting.
-
Iklan mempengaruhi pengguna.
-
Iklan memujuk pengguna agar membeli barang.
-
Iklan juga memujuk pengguna membeli
perkhidmatan.
-
Iklan memberikan maklumat yang betul.
-
Maklumat ini berkenaan sesuatu produk.
Latihan 2
Petikan berikut mempunyai kata-kata yang salah
penggunaan imbuhannya.
Cari kata-kata itu dan
betulkan imbuhannya.
|
Seberapa isu dan masalah yang timbul turut
dijejaskan prestasi. Banyaknya masalah ini
berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor
industri, mengutamakan kilangan dan khidmatan. |
Jawapan:
|
Beberapa
isu dan masalah yang timbul turut
menjejaskan
prestasi.
Kebanyakan masalah ini berkait
rapat dengan perkembangan pesat sektor industri,
terutamanya perkilangan dan
perkhidmatan. |
Latihan 3
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap
pindah.
|
Norhayati |
: |
Syikin, mengapa Syikin tidak datang
ke sekolah semalam? |
|
Norasyikin |
: |
Syikin minta maaflah. Semalam Syikin
ada hal di rumah. |
|
Norhayati |
: |
Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya
susah, sama-samalah kita
tanggung. Bukankah
kita sudah lama berkawan? |
|
Norasyikin |
: |
Sebenarnya ibu Syikin sakit. |
Jawapan:
|
Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak
datang ke sekolah pada hari semalam. Norasyikin
meminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan
yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati ingin
tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan
meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya.
Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan
perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah
lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan
sebenar iaitu ibunya sedang sakit. |
Latihan 4
Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi
tiga ayat sahaja. Susunan
dan maksud asal ayat
tersebut hendaklah dikekalkan.
|
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan.
Cadangan itu supaya lepasan sekolah menyertai
program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha
mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.
Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan.
Program ini bertujuan mengisi masa lapang
pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan
ini supaya diwujudkan program latihan. Program
latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera di
kalangan pelajar. Program itu menerapkan
pembinaan diri di kalangan pelajar. Program ini
menerapkan sahsiah di kalangan pelajar. |
Jawapan:
-
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan
supaya lepasan sekolah
menyertai program
kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan
gejala sosial
di kalangan belia.
-
Program ini dicadangkan berkonsepkan
pembinaan disiplin kendiri dan
kebajikan
untuk mengisi masa lapang pelajar selepas
mengambil
peperiksaan.
-
Cadangan itu supaya diwujudkan program
latihan yang menerapkan disiplin
ala-tentera, pembinaan diri dan menerapkan
sahsiah di kalangan pelajar.
Latihan 5
Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat
pasif:
-
Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir
mati itu.
-
Muthu mengunyah daging kambing yang liat
itu.
-
Julia menjahit baju kurung itu.
-
Salina sedang membancuh kopi di dapur.
-
Md. Noor menternak udang galah secara
besar-besaran.
-
Emak sedang mengoreng ikan parang untuk
makan malam.
Jawapan:
-
Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh
kucing itu.
-
Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh
Muthu.
-
Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
-
Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
-
Udang galah diternak secara besar-besaran
oleh Md. Noor.
-
Ikan parang sedang digoreng untuk makan
malam oleh emak.
|