|
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA
KOD 1103/2
KERTAS 2
Soalan 3e (Peribahasa)
PERIBAHASA
- Soalan jenis ini
menguji pengetahuan peribahasa
- Soalan menguji
sama ada dari segi memberi makna atau
penggunaannya
- Empat jenis
peribahasa
- Simpulan
Bahasa (anak angkat; batu api; serkap
jarang)
- Perumpamaan
(pucar lesi umpama ayam lengit; seperti
bahat dengan
penukul)
- Pepatah (ada
padi semua kerja jadi; ada beras semua
kerja deras)
- Bidalan (sambil
menyelam minum air; ukur baju di badan
sendiri)
A. Memberi Makna dan Membina Ayat daripada
Peribahasa
Beri makna
simpulan bahasa di bawah ini dan kemudian bina
ayat berdasarkan
simpulan bahasa tersebut:
1. hati bugis
Makna :
seorang yang berani
Ayat :
Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan
Melayu yang
mempunyai
hati
bugis.
2. Orang dapur
Makna :
orang perempuan
Ayat :
Sudah
lama Mak Ngah teringin untuk mendapat orang
dapur
kerana semua anaknya lelaki.
B. Membina Ayat daripada Peribahasa
Bina satu ayat
berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.
1. jauhari juga
mengenal manikam
Bertanyalah
kepada orang yang arif tentang undang-undang
kerana
jauhari
juga
mengenal manikam
2. Belakang parang
diasah lagikan tajam
Walaupun sudah berkali-kali gagal dalam
peperiksaan, namun Mahani yakin
bahawa
belakang parang diasah lagikan
tajam
C. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan
Berdasarkan
pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa
yang paling
sesuai.
1. Ramasami
memberikan pelbagai alasan apabila
rakan-rakannya
mengajaknya pergi ke
perpustakaan
(hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih)
2. Pak Cik Mahadi
memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak
mahu
mengamalkan semua ilmu yang ada padanya
itu.
(laksana pohon
kayu tidak berbuah)
D. Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Petikan
Baca petikan di
bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa
yang menggambarkan tiga situasi yang
berbeza yang terdapat dalam petikan
ini.
|
Razali menceburi
bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia
lupa akan pengorbanan dan kesusahan yang
dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan
dahulu. Setiap bulan keuntungan yang diperoleh
dibelanjanya sehingga dia tidak dapat menyimpan
wang walaupun sedikit. Dia akhirnya menyesal
apabila perniagaannya bankrap kerana dia tidak
dapat membayar hutang piutang kepada pihak bank. |
1. lupa
daratan / lupa diri
2. berniaga
buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap
3. menyesal
dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak
berguna.
|