|
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA
KOD 1103/2
KERTAS 2
Soalan 4 Novel [15
markah]
Arahan:
Terdapat dua corak soalan yang dikemukakan dalam
bahagian ini:
a. Soalan
Komsas (Komponen Sastera)
Dalam bahagian ini,
pelajar perlu menguasai teknik menjawab
Kesusasteraan Melayu meliputi:
· Tema
·
Persoalan-persoalan
·
Plot
·
Watak dan
Perwatakan
·
Bahasa
·
Teknik penceritaan
·
Pengajaran-pengajaran
·
Nilai-nilai
·
Latar
b. Soalan
KBKK (Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis)
Dalam bahagian ini
pelajar dikehendaki memberi pandangan tentang
beberapa perkara yang diajukan pengarang ketika
menghasilkan novel
mereka. Oleh itu, pelajar
perlu mengetahui latar belakang penulis dan
boleh
memberikan pandangan yang logik, kritis,
kreatif dan rasional terhadap
persoalan yang
dikemukakan berhubung penciptaan novel tersebut
dan
tindak tanduk pengarangnya ketika mencipta
novel berkenaan.
Contoh soalan:
1. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan
persoalan-persoalan yang
dikemukakan
dalam novel tersebut:
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam
novel ini ialah kegigihan orang Inggeris iaitu
Tuan William dan Tuan Robert untuk mencari
maklumat dan menjajah Gunung Tahan. Mereka
meminta Ratu Bongsu memperkenan permintaan
Inggeris untuk menjadikan Gunung Tahan sebagai
tempat rehat pegawai-pegawainya.
Persoalan seterusnya ialah kesan buruk pengaruh
budaya barat terhadap negara ini sehinggakan
terdapat masyarakat di negara ini bersikap
kebendaan. Misalnya Haji Adam sanggup menukarkan
bangunan keagamaan untuk dijadikan pusat hiburan
semata-mata kerana wang ringgit. Hasil pengaruh
barat, muda-mudi tempatan bergaul bebas di
kalangan mereka. Tengku Aishah mengandung anak
luar nikah kerana pergaulan bebas.
Persoalan lain yang dikemukakan pengarang dalam
novel ini ialah rasa cinta Ratu Bongsu dan
Kursina terhadap tanah air mereka sendiri.
Kedua-dua watak ini tidak melepaskan Puncak
Gunung Tahan kepada orang Inggeris walaupun
mereka telah dijanjikan dengan kemewahan.
Tanggungjawab terhadap orang bawahan juga
menjadi persoalan dalam novel ini. Perempuan Tua
dan Ratu Bongsu bertanggungjawab menyelamatkan
penduduk di bawah jagaannya dengan tidak
membenarkan kawasan mereka dimiliki oleh orang
asing.
|
2.
Berdasarkan novel
yang anda kaji, jelaskan nilai-nilai yang
terdapat dalam
novel tersebut. (Sudah
keluar SPM Julai 2002)
Jawapan:
|
Novel
yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan iaitu
karya Ishak Haji Muhammad.
Terdapat beberapa nilai yang dikemukakan oleh
pengarang dalam novel ini. Nilai gigih dan tidak
putus asa dapat dilihat pada watak Tuan William
dan Tuan Robert yang sangat gigih untuk menawan
puncak Gunung Tahan walaupun mereka terpaksa
menempuh pelbagai halangan untuk sampai ke
puncak tersebut.
Sikap bekerjasama terdapat pada watak
orang-orang Sakai. Mereka bergilir-gilir menjaga
Tuan Robert setelah mereka berjaya menawan Tuan
Robert. Begitu juga pahlawan-pahlawan Pahang
telah bekerjasama di kalangan mereka ketika
menentang penjajah Inggeris.
Sifat keberanian terdapat pada watak Tuan
William dan Tuan Robert. Mereka berani menempuh
pelbagai halangan untuk sampai ke puncak Gunung
Tahan.
Ratu Bongsu pula mempunyai sifat menghormati
tetami. Baginda melayani Tuan William sebagai
tetamunya di puncak gunung Tahan.
|
3. Berdasarkan novel yang anda kaji,
huraikan pengajaran-pengajaran yang
anda
dapat daripada
novel tersebut.
Jawapan:
|
Novel
yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan iaitu
karya Ishak Haji Muhammad.
Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita
lihat menerusi novel ini. Misalnya, kita
mestilah memiliki perasaan cinta pada tanah air
sendiri seperti yang dimiliki oleh Ratu Bongsu,
Perempuan Tua dan pahlawan-pahlawan tanah air
kita. Mereka tidak membenarkan penjajah
menguasai tanah air mereka.
Seterusnya, kita perlulah menghormati tetamu
seperti yang dilakukan oleh Ratu Bongsu ketika
melayani Tuan William sebagai tetamu di tanah
airnya.
Kita mestilah mempunyai rasa simpati terhadap
orang yang ditimpa kesusahan. Dalam novel ini
Ratu Bongsu bersimpati terhadap Tuan Robert lalu
baginda menyelamatkan Tuan Robert daripada
ancaman orang sakai.
Seterusnya, kita mestilah menggunakan akal
fikiran dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Perempuan Tua dan Ratu Bongsu bijak menggunakan
akal fikiran dalam memperdaya Tuan Robert
sehingga terperangkap di bilik khazanah.
|
4.
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan
keistimewaan-keistimewaan
yang terdapat pada watak
utama dalam novel berkenaan.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Watak utama dalam novel Putera Gunung Tahan
ialah Ratu Bongsu.
Watak ini mempunyai beberapa keistimewaan.
Baginda menjadi ketua kepada orang bunian
sedangkan baginda manusia biasa.
Ratu Bongsu memiliki rupa dan tubuh badan yang
tampan sehingga Mem William terpikat kepadanya.
Ratu Bongsu juga memiliki pelbagai benda ajaib
seperti teropong terus, pokok beringin bercakap
dan burung pesuruh jaya yang boleh membantu
mereka yang memerlukan perkhidmatannya.
Baginda tidak mementingkan kekayaan walaupun
ditawarkan dengan pelbagai keistimewaan oleh
Inggeris jika baginda menyerahkan gunung Tahan
kepada penjajah.
|
5.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan latar
masyarakat yang terdapat
dalam novel
tersebut.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Masyarakat yang terdapat dalam novel Putera
Gunung Tahan ialah masyarakat orang Sakai yang
tinggal di persekitaran puncak Gunung Tahan.
Hasil hutan merupakan punca pendapatan mereka.
Terdapat masyarakat Inggeris dalam novel ini.
Mereka ialah Tuan William dan Tuan Robert yang
digambarkan sebagai wakli penjajah di Tanah
Melayu.
Manakala masyarakat raja pula terdiri daripada
Ratu Bongsu dan Perempuan Tua. Baginda ialah
waris negeri Pahang yang menentang penjajah.
Masyarakat orang bunian pula diwakili oleh
Kusina. Kursina ialah pengikut setia kepada Ratu
Bongsu dan menjadikan kawasan gunung Tahan
sebagai tempat kediamnannya.
|
6.
Berdasarkan novel
yang anda kaji, huraikan peranan watak utama
dalam
novel berkenaan.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Watak utama dalam novel yang saya kaji ini ialah
Ratu Bongsu. Terdapat beberapa peranan yang
dimainkan watak ini. Misalnya, watak ini ialah
waris pemerintahan negeri Pahang yang tinggal di
puncak gunung Tahan kerana bencikan penjajah..
Selain itu, watak in merupakan pejuang tanah
air. Ratu Bongsu tetap dengan pendiriannya tidak
mahu menyerahkan Gunung Tahan kepada Inggeris.
Di sini ternyata ada waris raja yang tidak mahu
tanah air mereka dijajah.
Seterusnya, Ratu Bongsu berperanan sebagai anak
raja yang mempunyai pendirian yang tegas.
Baginda tidak terpengaruh dengan wang ringgit
demi menjaga maruah diri dan tidak mahu
negaranya tergadai kepada musuh.
Baginda juga merupakan penyelamat adat resam
orang Melayu dan amat marah kepada orang
Inggeris kerana telah mempengaruhi corak hidup
masyarakat tempatan.
|
7.
Berdasarkan novel
yang anda kaji, nyatakan latar tempat bagi novel
berkenaan.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah
di sebuah hutan rimba iaitu tempat Perempuan Tua
melahirkan seorang putera bernama Ratu Bongsu
yang merupakan waris kesultanan Pahang. Dalam
cerita ini juga terdapat sebuah gua di kaki
gunung Tahan iaitu tempat Tuan Robert dan Tuan
William berteduh ketika ingin mendaki puncak
gunung Tahan.
Bilik Khazanah iaitu tempat Tuan William mati
terperangkap.
Kampung Rimau Putih ialah tempat Tuan Robert
berkenalan dengan perempuan Tua dan tempat Tuan
Robert dijadikan penghulu bergelar Batin Putih.
Sebuah padang yang luas lagi indah iaitu
tempatTuan William berhenti seketika apabila
sampai di puncak gunung Tahan.
Rumah Haji Adam pula ialah sebuah rumah yang
pada awalnya ingin dijadikan madrasah tetapi
diubah menjadi pusat hiburan apabila Inggeris
menjajah Pahang.
|
8.
Penulis menerapkan
banyak nilai murni dalam karyanya untuk
dijadikan
panduan hidup. Huraikan
tujuan penulis berbuat demikian dengan
mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Tujuan penulis menerapkan nilai-nilai murni
dalam karya ini supaya nilai tersebut menjadi
teladan kepada pembaca.
Sikap
Ratu Bongsu yang berpendirian tegas merupakan
sikap yang perlu diikut oleh pembaca supaya kita
tidak dipermainkan oleh musuh kita.
Penerapan nilai murni juga bertujuan
membangkitkan semangat patriotik kepada pembaca.
Contohnya Ratu Bongsu menolak tawaran Tuan
William semata-mata cintakan tanah air sendiri
atau tidak mahu Gunung Tahan dijajah.
Perempuan Tua pula kukuh berpegang kepada agama
Islam walaupun sudah lama tinggal bersama-sama
dengan masyarakat Sakai. Oleh itu, mereka yang
berpegang kepada nilai agama, hidupnya sukar
dipengaruhi oleh adat budaya yang lain.
Akhirnya, nilai ketabahan yang terdapat pada
Tuan William untuk mendaki gunung Tahan boleh
menjadi ikutan kepada pembaca supaya tabah dalam
mengejar cita-cita atau kejayaan.
|
9.
Dalam mencipta
novel, penulis telah memilih beberapa persoalan
untuk
dijadikan fokus utama dalam
novelnya. Berdasarkan novel yang anda kaji,
nyatakan tujuan pengarang
menimbulkan persoalan-persoalan tersebut.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Beberapa persoalan telah dikemukakan oleh
pengarang dalam novel ini. Misalnya persoalan
tentang perjuangan tanah air. Penulis pernah
hidup di bawah zaman penjajahan Inggeris.
Keadaan ini mendorong beliau merakamkan perjuang
orang-orang Melayu seperti Ratu Bongsu dan
Perempuan Tua ketika pemerintahan Inggeris bagi
tatapan masyarakat Melayu kemudian hari..
Seterusnya, penulis cuba membangkitkan semangat
patriotik kepada pembaca supaya pembaca turut
berjuang mempertahan tanah air dan budaya bangsa
sendiri.
Selain itu, penulis ingin memberitahu kepada
pembaca bahawa terdapat sebilangan orang Melayu
memperjuangkan kebendaan ketika di bawah
penjajahan Inggeris. Contohnya, Haji Adam
sanggup mengubah niat daripada membangunkan
madrasah kepada membangunkan tempat hiburan bagi
menagih keuntungan.
Sebagai pejuang politik, penulis cuba
menyampaikan mesej politiknya melalui novel
ciptaannya. Ternyata novel ini brtujuan
dijadikan alat bagi mempengaruhi masyarakat
memperjuangkan tanah air untuk menuntut
kemerdekaan. Perjuangan tersebut dapat dilihat
pada watak Ratu Bongsu, Perempuan Tua dan
Kusina.
|
10.
Setiap pengarang cuba menerapkan nilai-nilai
murni dalam karyanya.
Berdasarkan novel
yang anda kaji, huraikan nilai-nilai murni yang
terdapat
dalam karya
tersebut.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Terdapat beberapa nilai murni yang
ditonjolkan pengarang dalam novel ini. Misalnya
sikap sabar terdapat pada watak Tuan Robert.
Tuan Robert digambarkan sebagai seorang yang
sabar ketika ditawan oleh orang-orang Sakai.
Semangat cintakan tanah air terdapat pada
watak Ratu Bongsu, Perempuan Tua dan
pahlawan-pahlawan Melayu. Mereka berjuang
mempertahan tanah air agar tanah air mereka
tidak dirampas oleh orang lain.
Sikap berbudi bahasa terdapat pada watak
Perempuan Tua. Perempuan tua tetap melayani Tuan
Robert atau pun Tuan William sebagai tetamu
walaupun beliau tahu mereka itu adalah musuhnya.
Sikap taat setia terdapat pada watak
Kusina. Kusina sangat taat kepada Ratu Bongsu
sebagai tuannya. Beliau sentiasa menurut
perintah ratu Bongsu.sebagai raja yang
dikasihinya.
|
11.
Nyatakan
peristiwa-peristiwa yang dianggap menarik
berdasarkan novel
yang anda kaji.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Terdapat beberapa peristiwa yang saya
anggap menarik dalam novel yang saya kaji ini.
Peristiwa tersebut ialah orang-orang Sakai
melantik Tuan Robert sebagai penghulu mereka
dengan gelaran ‘Batin Putih’. Perkara yang
menarik ialah Tuan Robert dapat diterima sebagai
penghulu oleh orang-orang sakai walaupun dia
orang asing.
Peristiwa lain yang menarik ialah layanan
Ratu Bongsu terhadap Tuan William. Ratu Bongsu
sangat benci kepada penjajah tetapi melayani
mereka dengan baik sebagai tetamu. Peristiwa
seperti ini jarang berlaku bagi mereka yang
sedang bermusuh-musuhan.
Peristiwa lain yang menarik ialah
kebolehan Ratu Bongsu berinteraksi dengan orang
bunian. Keupayaan Ratu Bongsu menguasai bahasa
orang bunyian menyebabkan orang bunian taat
kepada baginda.
Seterusnya, Perempuan Tua boleh ghaib
atau menghilangkan diri setelah memberi nasihat
kepada Ratu Bongsu agar berhati-hati terhadap
Tuan William. Ini menunjukkan Perempuan Tua
bukanlah orang sebarangan. Ternyata Perempuan
Tua merupakan seorang pejuang yang mempunyai
keistimewaan yang tersendiri.
|
12.
Berdasarkan novel
yang anda kaji, huraikan kepentingan watak dalam
sesebuah karya sastera.
Jawapan:
|
Novel yang saya kaji ialah Putera Gunung Tahan
iaitu karya Ishak Haji Muhammad.
Dalam novel ini Ishak menggunakan watak Putera
Gunung Tahan dalam menyampaikan ideologi
politiknya. Putera Gunung Tahan digambarkan
sebagai pejuang tanah air bagi menentang
penguasaan penjajah terhadap Tanah Melayu iaitu
seiring dengan sikapnya benci terhadap
penjajahan Inggeris.
Selain itu, sesuatu watak juga penting dalam
memperkembangkan cerita atau persoalan-persoalan
yang digarap oleh penulis dalam karyanya.
Misalnya, persoalan keruntuhan ahlak di kalangan
gadis Melayu digambarkan oleh pengarang melalui
Tengku Cah yang mengandung anak tanpa nikah.
Ketamakan orang-orang Inggeris mengejar
kebendaan pula digambarkan melalui Tuan Robert.
Seterusnya, tingkah laku sesuatu watak akan
mempengaruhi perkembangan sesuatu certia atau
plot dalam sesebuah novel. Melalui watak Tuan
William digambarkan sebab-sebab beliau mendaki
gunung Tahan iaitu ingin menjadikan gunung Tahan
sebagai tanah jajahan Inggeris atau tempat
berehat pegawai-pegawai Inggeris. Seterusnya
melalui watak ini juga diceritakan pelbagai cara
atau langkah yang digunakan orang Inggeris bagi
memujuk pembesar Melayu supaya menyerahkan tanah
air kepada mereka.
Pengarang juga cuba membangkitkan semangat
patriotisma di kalangan pembaca melalui sesuatu
watak dalam sesebuah carita. Pengarang cuba
membangkitkan semangat perjuangan orang-orang
Melayu melalui tokoh-tokoh pejuang Melayu
seperti Tok Bahaman, Mat Kilau, Perempuan Tua,
Orang-orang Sakai dan Putera Gunung Tahan
sendiri.
|
Contoh Soalan:
Soalan 4 : Novel
[15
markah]
Jawapan mestilah berdasarkan satu
daripada novel-novel berikut:
(i) Terminal
Tiga karya Othman Puteh
(ii)
Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di
Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit
Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto
Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh
Karang karya Tuan Faridah Syed Abdulah
(vii) Julia
karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera
Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
a. Huraikan latar tempat serta peristiwa
yang menarik yang berlaku di tempat
berkenaan
seperti yang terdapat dalam novel yang anda
pelajari.Pada
pendapat anda mengapakah pengarang
memilih tema berkenaan dalam
novel yang anda
pelajari?
[8 markah]
b. Berikan biodata pengarang bagi novel
yang telah anda kaji.
[7 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Skema Jawapan Soalan 4
a. Tempat dan peristiwa dalam novel Putera
Gunung Tahan
[8m]
-
Sebuah
gua
– Tempat Tuan William dan Tuan Robert berlindung
daripada
hujan ketika
mendaki puncak GT.
-
Kampung
Rimau Putih
– Tempat Tuan Robert menemui ajal/ meninggal
dunia/ Tempat Tuan Robert berkenalan dengan
Perempuan Tua/ Sebuah
perkampungan Orang Sakai
iaitu kampung Tuan Robert ditempatkan ketika
dicolek.
-
Puncak
GT-
Tempat Tuan William memujuk Ratu Bongsu supaya
menjual
Gunung Tahan kepada Inggeris/Tempat Tuan
Robert menemui ajal.
-
Istana
Ratu Bongsu/ Bilik Khazanah
– Tempat Tuan William mati
terperangkap.
- Pondok
Perempuan Tua
– Tempat Tuan Robert berbual-bual panjang
dengan
Perempuan Tua.
-
Rumah
Haji Adam
– Tempat majlis tari-meneri/ tempat hiburan
pelbagai
masyarakat atau golongan muda-mudi.
-
Taman
Indera Kayangan
– Tempat Tuan William dan Ratu Bongsu
menghadap
Maharani untuk mendapat khidmat Pohon Beringin
Bercakap.
-
Gereja
– Tempat orang Inggeris menyembah nabi Isa.
-
Rumah
Tuan William
– Tempat Mem William bercumbu-cumbuan dengan
lelaki lain.
Catatan:
- Pilih
5 tempat dan 5 peristiwa yang terjadi ditempat
tersebut.
-
Ada
tempat dan ada peristiwa – 1m.
-
Ada
tempat sahaja – ½ m.
-
Ada
peristiwa tetapi tiada tempat – 0 m.
-
Ada
tempat dan penerangan tempat/ bukan peristiwa –
½ m
-
Markah
bahasa 3 markah – tolak ½ m bagi setiap
kesalahan bahasa.
-
Maksimum markah bahasa yang ditolak ialah 2 m
sahaja.
b. Biodata penulis
Novel Putera Gunung Tahan
- Penulisnya
Ishak Haji Muhammad/ Hantu Raya/ Anuar/ Pak
Pandir Moden/
Isako San.
- Dilahirkan
pada September 1909 di kampung Bukit Saguntang,
Temerloh,
Pahang.
- Mendapat
pendidikan di sekolah Inggeris Clifford, Kuala
Lipis pada tahun
1924 – 1928.
-
Lulus
Sijil Persekolahan pada tahun 1929.
-
Meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala
Kangsar pada tahun 1930.
-
Pernah
menjadi Penolong Pegawai Daerah di Temerloh/
Rembau.
-
Pernah
menjadi Majestret Kelas III di Kuala Lumpur.
-
Pernah
bertugas dengan Warta Malaya.
-
Bertugas dengan Utusan Melayu antara tahun 1939
– 1941.
-
Pernah
bergiat dalam Kesatuan Melayu Muda.
-
Pernah
ditahan oleh pihak Inggeris/ dibebaskan oleh
Jepun.
-
Aktif
dalam politik/ kewartawanan.
Catatan:
- Pilih
4 isi di atas.
-
Setiap
isi 1 m.
-
Markah
bahasa ialah 3 m
-
Tolak
½ m bagi setiap kesalahan bahasa.
-
Markah
minuman bahasa ialah 1 m.
a. Tempat dan peristiwa dalam novel
Di Hadapan Pulau [8m]
-
Kem
tentera
– Tempat orang-orang kampung mencari pekerjaan.
-
Sebuah
jambatan
– Tempat laluan penduduk kampung/ tempat askar
Britis
dan Australia berkawal ketika peperangan
hampir meletus.
-
Shelter
– tempat orang kampung berlindung
ketika meletus peperangan/
tempat Tok Marzuki
kena bom.
- Tanah
perkuburan
– tapat Aziz dan Afidah mencari makanan yang
disembunyikan.
-
Tepi
pantai
– tempat Aziz menangis ketika terkenangkan arwah
ayahnya/
tempat Tok Marzuki berjanji untuk
membawa Aziz ke Pulau Jakun.
-
Merlimau
– tempat Tok Marzuki mendapat
bekalan makanan ketika
peperangan mula meletus.
-
Rumah
Mak Ketong
– tempat Afidah tinggal sementara Tok Marzuki
pulang
ke Merlimau mencari makanan.
-
Kedai
todi
– tempat Aziz mengambil upah membeli todi.
- Rumah
Mak Cik Joyah
– tempat Aziz tinggal.
-
Pekan
Kecil
– tmpat orang kampung membeli barang-barang
keperluan
harian sebelum perang.
-
Di
tepi rumah Syed Fikri
– tempat Syed Fikri bercucuk tanam.
Catatan:
- Pilih
5 tempat dan 5 peristiwa yang terjadi ditempat
tersebut.
- Ada
tempat dan ada peristiwa – 1m.
-
Ada
tempat sahaja – ½ m.
-
Ada
peristiwa tetapi tiada tempat – 0 m.
-
Ada
tempat dan penerangan tempat/ bukan peristiwa –
½ m
-
Markah
bahasa 3 markah – tolak ½ m bagi setiap
kesalahan bahasa.
-
Maksimum markah bahasa yang ditolak ialah 2 m
sahaja.
b.
Biodata penulis novel Di Hadapan Pulau
- Penulisnya
ialah A. Samad Said/ Abdul Samah Bin Muhamed.
- Dilahirkan
pada 9 April 1935 di kampung Berlimbing Dalam,
Durian Tunggal,
Melaka.
- Mendapat
pendidikan di sekolah Melayu Kota Raja pada
tahun 1940-1956.
- Lusus
Senior Cambridge pada tahun 1956.
- Pernah
menjadi kerani/ wartawan/ pengarang akhbar.
- Pernah
menjadi pengarang akhbar Fikiran Rakyat/ Utusan
Zaman/ Berita
Harian.
- Menghasilkan
puisi, drama, cerpen dan esei kritikan.
- Pada
tahun 1976 dianugerahi gelaran Pejuang Sastera
oleh Pemerintah
Melaysia.
- Menerima
anugerah SEA Write Award pada tahun 1976
daripada negara
Thailand.
- Pada
tahun 1985 menerima anugerah Sasterawan Negara.
- Pernah
bertugas di Unit Pembangunan Sastera/ Majalah
Sastera di News
Strats Times/ Berita Harian.
-
Antara novelnya ialah Bulan Tak Bermadi di
Fatehpur Sikri/ Sungai
Mengalir
Lesu/ Langit Petang/ Daerah Zeni/ Hujan
Pagi/ Cinta Fansuri.
- Menghasilkan
kumpulan cerpen Debar Pertama/ Liar Di Api/
Daun-Daun
Berguguran/ Hati
Muda Bulan Muda.
- Dapat
anugerah Darjah Mulia Seri Melaka bergelar Datuk
daripada kerajaan
Melaka.
Catatan:
- Pilih
4 isi di atas.
-
Setiap
isi 1 m.
-
Markah
bahasa ialah 3 m
- Tolak
½ m bagi setiap kesalahan bahasa.
-
Markah
minuman bahasa ialah 1 m.
|