|
Panduan
Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)
1.0
Pengenalan
Hanya satu
soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi
menjawab soalan
ini,
dicadangkan langkah-langkah berikut:
1.1
Baca dan fahami kehendak atau
arahan soalan
-
Baca soalan dan fahami arahannya.
-
Anda dikehendaki menulis lima
ayat lengkap berdasarkan situasi atau
keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang
diberi.
1.2
Memahami / meneliti situasi atau keadaan
-
Sama ada bahan ilustrasi itu
gambar tunggal atau bersiri, anda perlu
melihat dan memastikan perkara / situasi /
keadaan yang terdapat
dalam gambar / ilustrasi.
-
Catat perkara itu berdasarkan
yang tersurat / nyata atau dilihat.
-
Masa yang dicadangkan untuk
memahami situasi gambar ialah 3 minit.
1.3
Menulis ayat yang lengkap
- Ayat yang
ditulis hendaklah lengkap.
-
Satu perkara / keadaan / aktiviti
ditulis dalam satu ayat.
-
Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5
minit.
1.4 Menyemak
-
Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar
berdasarkan
perkara /
keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar /
ilustrasi.
-
Pastikan ayat yang ditulis
mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca
dan pemilihan kata yang betul.
-
Masa yang dicadangkan bagi
menyemak ialah 2 minit.
2.0
Panduan Umum Menjawab Soalan
2.1
Teliti Bahan
-
Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
-
Kenal pasti tema / tajuk yang diberi
-
Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam
soalan
-
Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar
2.2
Membina Ayat
-
Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
-
Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.
-
Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap
atau ayat utama.
-
Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada
maklumat yang ada pada
bahan grafik.
-
Boleh menamakan watak.
-
Susun ayat mengikut keutamaan
isi.
2.3
Struktur Ayat
-
Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang
hendak disampaikan.
-
Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.
-
Membina ayat tunggal atau ayat
majmuk.
-
Ayat anda berdasarkan kepada
maklumat tersurat sahaja.
-
Ayat daripada isi tersirat mesti
ada pertautan dengan bahan grafik
2.4
Menyemak Semula
-
Semak dengan membaca semula ayat.
-
Tulisan anda hendaklah jelas dan
kemas.
2.5
Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik
-
Kenal pasti kata kerja & kata
adjektif dalam gambar.
-
Tulis kata kerja & kata
adjektif dalam gambar. (Kertas soalan)
-
Menulis sebanyak mungkin kata
kerja &
kata adjektif
2.6
Isi Tersurat dan Isi
Tersirat
-
Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat
atau yang dapat
dilihat
dengan jelas dalam gambar
dikenali sebagai maklumat tersurat.
-
Idea-idea yang berkaitan atau
yang boleh dikaitkan dengan gambar
dikenali
sebagai maklumat tersirat.
Contoh Soalan Bahagian A
BAHAGIAN A
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]
[10 markah]
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar:
Contoh
1:

Aktiviti / Kata Kerja
-
Mengutip
-
Mencangkul
-
Mencabut
-
Membuang
-
Menyorong
Konsep Memperluas
ayat
-
Adik menangis
-
Adik menangis kerana demam
-
Adik menangis kerana demam campak
-
Adik menangis tersesak-esak kerana demam campak
-
Adik menangis teresak-esak di atas katil kerana
demam campak
-
Adik menangis teresak-esak di atas katil kerana
demam campak sejak
semalam.
Contoh 2:

Teknik:
-
Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif
berdasarkan gambar.
-
Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut
-
Nyatakan isi
tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata
kerja atau nama
dan kata adjektif
yang dicatatkan.
-
Nyatakan isi
tersirat yang boleh memperluas idea.
-
Membina lima
ayat.
Contoh 3:
Tuliskan lima ayat yang lengkap
tentang gambar
di bawah.
Teknik:
-
Catatkan kata
kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan
gambar.
-
Nyatakan idea
keseluruhan gambar tersebut.
-
Nyatakan 4 isi
tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata
kerja,kata
nama dan kata
adjektif yang dicatatkan.
-
Nyatakan 2 atau 3
isi tersirat yang boleh gambarkan untuk
dijadikan predikat
(huraian) dalam
ayat yang akan dibina.
-
Membina lima
ayat.
Mencatatkan Perkataan:

Membina lima ayat:
1. Ahmad tekun membaca buku sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan
UPSR.
2.
Semasa peperiksaan, Ahmad dapat
menjawab setiap soalan di dalam
kertas peperiksaan
dengan penuh keyakinan.
3.
Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad
mendapat keputusan
yang
cemerlang.
4.
Ahmad berasa gembira dan
bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang
bersungguh-sungguh menghasilkan
kejayaan.
5. Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar
cemerlang dalam pelajaran pada
Hari Penyampaian Hadiah.
|