|
Panduan
Menjawab Soalan Karangan
Tiga
soalan karangan dikemukan. Anda dikehendaki
memilih satu soalan sama
ada
Soalan 1, 2 atau 3. Bagi menghasilkan karangan
yang baik, anda perlu
merancang karangan anda terlebih dahulu. Berikut
cadangan langkah-langkah
yang
perlu dilakukan sebelum dan selepas menulis
karangan.
1.
Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan
-
Baca soalan dengan teliti, fahami kehendak atau
arahannya.
-
Bagi sesetengah soalan, ayat pertama atau ayat
kedua adalah maklumat
situasi, manakala kehendak atau arahan soalan
adalah ayat terakhir
-
Hindari sikap terlalu gopoh.
Sebagai
contoh, perhatikan soalan berikut:
|
Sekolah kamu menganjurkan kejohanan
olahraga. Tuliskan sebuah karangan
yang menggambarkan suasana di
kejohanan tersebut. |
|
Ayat pertama maklumat atau situasi,
manakala ayat kedua kehendak soalan.
Amati kehendak soalan dan jawab apa
yang ditanya. Perkara lain yang
berkaitan dengan situasi dan
kehendak soalan juga boleh
dimasukkan bagi menghasilkan sebuah
karangan yang lebih menarik.
Perkara-perkara yang tiada kaitan
elakkan sama sekali. |
2. Merangka atau mencatat isi-isi penting
karangan
-
Rangka karangan hendaklah dibuat berdasarkan
tiga bahagian Iaitu:
a.
Pengenalan /
pendahuluan
b. Isi (
memadai tiga isi ) beserta huraian dan contoh
c. Penutup
3.
Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka
atau isi-isi
penting
karangan
-
Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
-
Perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua,
ketiga dan keempat
isi dan perenggan akhir penutup.
-
Setiap isi hendaklah disertakan dengan huraian
dan contoh.
4. Semakan
- Pastikan struktur ayat, ejaan, tanda
baca dan kosa kata yang digunakan
betul dan tepat.
-
Pastikan setiap isi disertakan huraian dan
contoh.
Langkah Menjawab Bahagian B
-
Baca ketiga-tiga soalan yang disediakan dan cuba
fahami kehendak soalan.
-
Pilih satu sahaja
soalan yang paling mudah.
(Mudah mencari
isi. Gunakan
panduan / cara /
petua mencari isi yang telah dipelajari)
-
Bina kerangka karangan atau peta minda semasa
mencari isi.
-
Tulis karangan mengikut format yang betul dengan
:
-
Jelas dan terang
-
Ayat yang gramatis dan struktur ayat yang betul
-
Ejaan dan tanda baca yang betul
-
Susunan cerita yang menarik
-
Elakkan cerita-cerita yang tidak berkaitan
dengan isi atau kehendak soalan.
-
Semak semula dengan teliti untuk memastikan
tiada kesalahan ejaan, tanda
baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.
Strategi menulis karangan
Pendahuluan
-
Jangan tulis
lebih daripada sayu peranggan
-
tepat
-
jelas
-
2/3 ayat sahaja
-
teruskan bicara
tentang tajuk
-
jangan libatkan
isi
-
Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu
perenggan sahaja. Bahagian ini
-
Juga
hendaklah menyentuh perkara-perkara yang
berkaitan dengan tajuk.
-
Pendahuluan yang baik dapat menerangkan seluruh
isi yang akan anda tulis
dalam karangan.
-
Pendahuluan sesebuah karangan hendaklah pendek,
ringkas dan
padat.
|