|
Panduan
Menjawab Rumusan
Pengenalan
|
Calon diminta untuk membuat rumusan
berdasarkan bahan yang diberikan
dalam bahagian ini. Calon ada
diberikan rangsangan atau situasi
dalam bentuk petikan, puisi, rencana
dan sebagainya. Calon diminta untuk
membuat rumusan dalam lingkungan 50
perkataan.
Perkara yang perlu dicari daripada
petikan ialah seperti Nilai Murni,
Amalan Baik, Faedah dan juga
Pengajaran daripada rangsangan atau
situasi yang diberikan tadi. |
Langkah-langkah yang dicadangkan
ialah:
1. Baca
dan fahami kehendak atau arahan soalan
-
Baca soalan dengan teliti dan
fahami arahannya.
-
Arahan meminta anda menulis
beberapa nilai atau pengajaran
berdasarkan petikan yang diberi.
-
Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu
perenggan.
2.
Mencatat nilai murni atau pengajaran
-
Baca dan fahami kandungan
petikan.
-
Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran
yang terdapat dalam
petikan.
-
Dicadangkan anda mencari dan
mencatat sekurang-kurangnya lima nilai
murni / pengajaran.
-
Masa yang dicadangkan untuk
mencari dan mencatat nilai murni ini
sekitar lima minit.
3.
Menulis ayat lengkap
-
Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan
nyatakan keterangan lanjut
tentang nilai murni / pengajaran dengan
menggunakan ayat sendiri.
-
Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu
disertakan contoh.
-
Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
-
Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10
minit.
4.
Menyemak
-
Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang
digunakan lengkap dan
mengikut strukturnya.
-
Semak juga aspek tatabahasanya.
-
Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5
minit.
Panduan Menjawab
Bahagian C
- Baca arahan dan petikan yang diberi
dengan teliti
- Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat
yang menunjukkan nilai murni,
amalan baik, faedah atau pengajaran.
- Tulis semula nilai murni / amalan baik
dengan membefri contoh ayat yang
terdapat dalam petikan.
- Tulis pengajaran atau rumusan tentang
petikan.
- Semak semula dengan teliti untuk
memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda
baca,
struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.
Contoh Soalan dan
jawapan:
Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti.
|
Tulis beberapa nilai
murni/pengajaran yang kamu boleh
dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan. |
|
Apabila balik dari sekolah,
Liza mengeluarkan buku-buku
barunya dari beg. Kakaknya
berkata, “Biar kak tolong kamu balut
buku-buku kamu itu.” Liza menjawab,
“Terima kasih, kak. Biar saya
sendiri yang membalut buku-buku
ini.”
Liza merupakan anak yang suka
menolong ibu dan ahli
keluarganya yang lain. Liza
selalu menolong ibunya mencuci
pinggan mangkuk, melipat kain dan
mengemas rumah.
Liza juga membantu ayahnya mencuci
kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan
mengemas bilik tidurnya supaya
kelihatan kemas dan bersih.
Dia sentiasa menjaga kebersihan
diri. Rambutnya diikat kemas,
kukunya dipotong dan dia sentiasa
menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan
keluarganya selalu bersama-sama
membersihkan rumah dan menanam
pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai
jenis pokok bunga di halaman
rumahnya. Menanam pokok bunga
merupakan hobi keluarga mereka.
Kawasan tempat tinggal mereka
sentiasa kelihatan bersih dan
cantik. |
LANGKAH
2:
Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang
menunjukkan amalan
baik, nilai murni , faedah atau
pengajaran.
|
Apabila
balik dari sekolah, Liza
mengeluarkan buku-buku
(kerajinan) barunya dari
beg. Kakaknya berkata, “ Biar kak
tolong kamu balut buku-buku kamu
itu.” Liza menjawab, “Terima kasih,
kak. Biar
saya sendiri yang membalut buku-buku
ini.”(berdikari)
Liza merupakan anak yang
suka menolong ibu
(tolong-menolong) dan ahli
keluarganya yang lain. Liza
selalu menolong ibunya mencuci
pinggan mangkuk, melipat kain dan
mengemas rumah. Liza juga
membantu ayahnya
(tolong-menolong) mencuci
kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan
mengemas bilik tidurnya supaya
kelihatan kemas dan bersih.
Dia sentiasa
menjaga kebersihan diri.(kebersihan
fizikal dan mental) Rambutnya
diikat kemas, kukunya dipotong
(berdisiplin) dan dia
sentiasa menjaga kebersihan
pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan
keluarganya selalu
bersama-sama membersihkan rumah
(bekerjasama) dan menanam
pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai
jenis pokok bunga di halaman
rumahnya. Menanam pokok bunga
merupakan hobi keluarga mereka.
Kawasan tempat tinggal mereka
sentiasa kelihatan bersih dan
cantik. |
LANGKAH 3:
Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan
memberi contoh ayat
yang terdapat di dalam petikan
|
-
Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg
(kerajinan)
-
Biar saya sendiri
yang membalut buku-buku ini
(berdikari)
-
Suka menolong ibu.
membantu ayahnya mencuci kereta
(tolong-
menolong)
-
Menjaga kebersihan
diri
(kebersihan fizikal)
-
Rambutnya diikat
kemas, kukunya dipotong
(berdisiplin)
-
Liza dan keluarganya
selalu bersama-sama membersihkan
rumah
(bekerjasama) |
LANGKAH 4:
Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk
perenggan
|
Liza seorang budak yang baik.
Sikapnya yang rajin menolong
ahli keluarganya patut kita
contohi. Dia juga sentiasa
berdikari kerana tidak
mengharapkan bantuan daripada orang
lain, malah dia sendiri yang
melakukannya. Banyak kerja
rumah yang telah dilakukannya
tanpa suruhan sesiapa. Dia juga
tidak suka pada keadaan yang
kotor dan tidak teratur. Dia
sentiasa menjaga kebersihan
diri.
Dia mengemas bilik tidurnya
dengan rapi apabila bangun dari
tidur. Rambutnya diikat kemas dan
kukunya yang dipotong rapi
menunjukkan dia seorang yang
berdisiplin. Pada hari
minggu, Liza dan keluarganya
bekerjasama membersihkan rumah.
Rumah mereka yang sentiasa
bersih dan ceria membuatkan
jiran-jirannya menyukai mereka
sekeluarga. |
Tafsiran Nilai
Murni:
BAIK HATI
-
Belas kasihan
(Bersimpati
terhadap kesesusahan orang lain)
-
Bertimbang rasa
(Mengambil kira
keperluan dan perasaan orang lain apabila
membuat sesuatu tindakan)
-
Murah hati (Memberi
bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
memerlukannya)
-
Saling memahami (Sanggup
memberi dan menerima pandangan serta
memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
-
Saling bermaafan (Sanggup
meminta maaf dan memberi kemaafan)
BERDIKARI
-
Berupaya bertindak sendiri
(Sanggup dan
boleh melakukan sesuatu
tanpa
mengharapkan orang lain)
-
Yakin pada diri sendiri
(Percaya kepada
kebolehan diri sendiri dan sanggup
mencuba)
HEMAH
TINGGI
-
Kesopanan
(Berbudi bahasa dan
beradab dalam
pergaulan)
-
Mengakui
kesalahan sendiri
(Sedia mengaku kesilapan
diri sendiri serta
sanggup menerima nasihat)
-
Ramah mesra
(Sedia bergaul mesra
dengan semua orang)
HORMAT-MENGHORMATI
-
Ibu bapa
(Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua,
guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
(menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan
tersebut
dengan memberi
layanan yang baik)
-
Institusi kerajaan dan Negara
(Menerima dan
hormat kepada kerajaan
serta
lambang-lambang kebesaran negeri)
-
Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
(Menghormati
kepercayaan dan adat resam semua keturunan di
Malaysia)
-
Patuh kepada undang-undang negara
(Mematuhi
undang-undang yang
telah
ditentukan tanpa mengira di mana seseorang
itu berada)
-
Patuh kepada ketepatan masa
(Menepati waktu
dan menggunakan masa
dengan berfaedah)
KASIH SAYANG
-
Sayang diri sendiri dan orang lain
(Menyayangi diri
sendiri dan orang lain)
-
Sayang akan alam sekitar
(Memelihara dan
memulihara kehidupan flora dan
fauna untuk kesejahteraan hidup)
KEADILAN
-
Adil
(Membuat pertimbangan secara objektif,
menyeluruh dan bersesuaian)
-
Saksama
(Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan
keputusan sama
ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)
KEBEBASAN
-
Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar
batas peraturan dan
undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam
keluarga, sekolah, komuniti,
masyarakat, negara dan agama
KEBERANIAN
-
Berani
mencuba
(Berani melakukan sesuartu
perkara yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang
lain dengan mengambil risiko
yang akan dihadapi)
-
Berani
kerana benar
(Berani mempertahankan
sesuatu yang diakui
sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang
nyata)
KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
-
Kebersihan diri
(Kebersihan
anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
untuk hidup sihat)
-
Kebersihan persekitaran
(Pemeliharaan
alam sekeliling supaya rapi dan
bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
-
Kebersihan mental
(Pertuturan dan
perlakuan yang terpuji yang perlu
diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya
dengan orang lain)
KEJUJURAN
-
Amanah
(Bertanggungjawab
dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan
orang lain)
-
Bercakap benar
(Menyatakan
perkara yang benar tanpa menokok tambah
atau berselindung)
-
Ikhlas
(Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa
mengharapkan balasan)
KERAJINAN
-
Daya usaha
(Berusaha
bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang
berkualiti.)
-
Dedikasi
(Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga
untuk perkara
yang berfaedah)
KERJASAMA
-
Gotong-royong
(Melakukan
sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela)
-
Toleransi (Bertolak
ansur serta dapat mengawal diri untuk
mengelakkan
berlakunya perselisihan)
-
Perpaduan
(Bersefahaman dan
bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara dan antarabangsa)
KESEDERHANAAN
-
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
(Bertutur dan
berkelakuan yang
tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan
atau menimbulkan
kemarahan orang lain)
-
Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan
diri dan kepentingan
orang lain
(Membuat
pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan
diri
sendiri dan orang lain)
KESYUKURAN
-
Berterima kasih
(Melahirkan
perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan
pemberian)
PATRIOTISME
-
Semangat cintakan negara
(Mempunyai
semangat yang tinggi untuk menjaga
keselamatan, nama baik negara)
RASIONAL
-
Membuat
pertimbangan
(Berupaya mengambil kira
baik buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan)
SEMANGAT BERMASYARAKAT
-
Bermuafakat
(Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam
sesuatu
pekerjaan bagi kepentingan bersama)
-
Kejiranan (Berbaik-baik,
bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
dengan jiran tetangga)
-
Peka
terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
(Menyedari masalah
masyarakat dan sedia berusaha
menyelesaikannya)
Latihan Contoh 1:
|
Tuliskan beberapa amalan baik yang
kamu dapati daripada petikan di
bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan. |
|
Hamdan
bangun lewat
pada pagi itu kerana dia
menonton televisyen hingga larut
malam.
Dia
tidak sempat bersarapan.
Dia terus mencapai basikal
untuk pergi ke sekolah
tanpa bersalam dengan ibu dan
bapanya.
Tiba di persimpangan jalan, dia
tidak menghiraukan lampu merah
lalu terus memecut ke sekolah.
Mujurlah tiada kenderaan ketika
itu. Sesampainya di hadapan
sekolah, murid-murid telah
berada di tapak perhimpunan. Dia
terus berlari ke tapak
perhimpunan
tanpa mengunci basikalnya.
Sedang semua murid menyanyi lagu
“Negaraku” , dia
masih lagi berlari
untuk masuk ke dalam barisan.
Ketika hendak pulang ke rumah,
dia mendapati bahawa basikalnya
telah hilang. Dia telah
diberi peluang tumpang oleh
rakan untuk pulang ke rumah.
|
Isi-isi cadangan:
-
Bangun lewat
– Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke
sekolah.
-
Menonton hingga lewat malam
– Tidak digalakkan kerana menjejaskan
kesihatan. Tidak cukup tidur.
-
Tidak sempat bersarapan
- Bersarapan
terlebih dahulu mendapatkan tenaga
untuk
belajar.
-
Tidak bersalaman
– Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk
mendapat
restu.
-
Melanggar lampu isyarat
– Mematuhi peraturan jalan raya demi
keselamatan.
-
Berjalan semasa lagu “Negaraku”
– Berdiri tegak untuk menghormati lagu
kebangsaan.
-
Memberi
pertolongan kepada yang memerlukan.
Jawapan Contoh 1:
|
Berdasarkan petikan di atas, kita
sepatutnya bangun awal supaya tidak
tergesa-gesa untuk ke sekolah
seperti yang berlaku kepada Hamdan.
Kita tidak sepatutnya menonton
hingga lewat malam kerana boleh
menjejaskan kesihatan kita. Sebelum
kita ke sekolah kita hendaklah
bersarapan terlebih dahulu bagi
mengalas perut supaya senang
belajar. Kita mestilah bersalaman
dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi
mendapatkan restu daripada mereka.
Kita hendaklah mematuhi peraturan
demi menjaga keselamatan diri kita.
Sebagai rakyat Malaysia kita
hendaklah menghormati lagu
kebangsaan negara kita dengan
berdiri tegak bukannya seperti yang
dilakukan oleh Hamdan yang masih
berlari. Apabila rakan-rakan kita
memerlukan bantuan, kita semestinya
menghulurkan bantuan kepada mereka.
Kesimpulannya kita hendaklah
mengamalkan amalan-amalan yang baik
dalam kehidupan harian kita.
|
Latihan Contoh 2:
|
Tulis beberapa nilai/pengajaran yang
kamu boleh dapati daripada puisi di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah
tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan. |
|
Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu
senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh
manja.
Dalam sungai dipasang bubu,
Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang
hayat dikenang sentiasa.
Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam
jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup
berkorban harta dan nyawa.
Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur
kita hidup bahagia. |
Isi
Cadangan:
-
Membelai penuh manja
(Kasih sayang)
-
Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa
(Mengenang jasa)
-
Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
-
Terima kasih ibu dan bapa (Berterima
kasih)
-
Bersyukur kita hidup bahagia
(Kesyukuran)
-
Pengajaran/kesimpulan daripada teks
(Hormat-menghormati)
Jawapan Contoh 2:
|
Berdasarkan puisi di atas, terdapat
beberapa nilai murni dan pengajaran
yang boleh amalkan. Sebagai seorang
anak kita hendaklah menyayangi
kedua-dua ibu bapa kerana mereka
telah membesarkan kita dengan penuh
kasih sayang. Di samping itu, kita
hendaklah mengenang jasa mereka .
Sememangnya ibu bapa kita ialah
orang yang amat bertanggungjawab.
Oleh itu, kita hendaklah berterima
kasih kepada mereka di samping
bersyukur kepada Ilahi kerana
mendapat ibu bapa yang baik.
Kesimpulannya, untuk membalas jasa
kepada kedua-dua ibu bapa, kita
hendaklah sentiasa mentaati dan
menghormati mereka. |
Latihan Contoh 3:
|
Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu
senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh
manja.
-
Berdasarkan puisi di atas pengajaran
atau nilai murni yang boleh kita
ambil
ialah ibu bapa membela anaknya
dengan penuh kasih sayang
Dalam sungai dipasang bubu,
Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang
hayat dikenang sentiasa.
-
Selain itu, kita
hendaklah sentiasa mengenang jasa
ibu dan bapa kerana
mereka telah banyak
berjasa kepada kita
Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam
jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup
berkorban harta dan nyawa.
- Di samping
itu juga, ibu bapa juga merupakan
orang yang
bertanggungjawab
dengan melakukan pelbagai
pengorbanan semasa
membesarkan kita.
Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur
kita hidup bahagia.
- Oleh
itu, kita hendaklah berterima kasih
kepada ibu bapa kita dan
bersyukur kepada
Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang
baik
-
Kesimpulannya kita hendaklah
sentiasa mentaati dan menghormati
kedua-dua ibu bapa
kita yang telah banyak berjasa
kepada kita
|
Jawapan Contoh 3:
|
Berdasarkan puisi di atas pengajaran
atau nilai murni yang boleh kita
ambil ialah ibu bapa membela anaknya
dengan penuh kasih sayang. Selain
itu, kita hendaklah sentiasa
mengenang jasa ibu dan bapa kerana
mereka telah banyak berjasa kepada
kita. Di samping itu juga, ibu bapa
juga merupakan orang yang
bertanggungjawab dengan melakukan
pelbagai pengorbanan semasa
membesarkan kita. Oleh itu, kita
hendaklah berterima kasih kepada ibu
bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi
kerana mempunyai ibu bapa yang baik.
Kesimpulannya kita hendaklah
sentiasa mentaati dan menghormati
kedua-dua ibu bapa kita yang telah
banyak berjasa kepada kita. |
|