Karya Karya Pelajar Sepahit Hempedu Semanis Madu

Sepahit Hempedu Semanis Madu

Sepahit Hempedu Semanis Madu

Muhammad Zaki Amali Bin Basiron, Batch 24

“Shah, dah ready ba?,” aku tersentak apabila Anas, berambut kerinting berbangsa Bajau Laut menepuk bahuku dari belakang. Dia senyum lebar. Rakan-rakanku yang lain sedang sibuk mempersiap diri masing-masing. Suasana agak kelam kabut di dalam bilik persediaan itu.     
      
“Rasa gementar la pula. Maybe first time dalam seumur hidup aku nak hadapi benda macam ni,” aku berpeluh ketika itu. Hatiku tidak tenteram tatkala aku bakal menerima hadiah yang paling berharga setelah lima tahun aku berjuang untuk mendapatkannya.           
“Biasalah tu, aku pun nervous juga. Tapi terpaksalah cover sikit ba. Jangan risau, relaks ba….,” Anas yang telah aku kenal sejak lima tahun yang lalu amat memahamiku. Dialah sahabat yang banyak membantu aku sejak aku menjejakkan kaki ke universiti bertuah ini. Hari ini bakal menyaksikan sejarah yang akan terus terpahat dalam hati kami semua apabila segala-galanya berjalan dengan lancar atas berkat dan redha Allah s.w.t. Alhamdulillah….
“Besar la jubah aku ni,” Tan tidak berpuas hati. Mukanya masam. Dia membelek-belek jubah berwarna biru yang dipakainya. Aku dan Anas melihat gelagatnya.
“La…macam tu pula. Hang salah ambil jubah kot,” aku menyampuk. Aku membetulkan motar. Rambutku yang agak panjang membuatkan aku tidak selesa. Tidak muat pula dengan kepalaku.
“Betullah, yang ini aku yang punya. Ish!!! Macam mana la taylor tu ukur? Tengoklah…jubah ni boleh muat untuk dua orang tau. Malu aku nak pakai,” Tan sedih. Aku mengambil motar yang lain. Akhirnya, muat juga.
“Mana ada. Okay ja aku tengok hang pakai jubah tu. Lagipun, memang sudah biasa jubah ni besar sikit. Sudah la, kejap lagi majlis dah nak start,” aku cuba pujuk Tan.
“Baiklah….,”  Tan mengalah. Dia terus mengenakan motarnya pula.            
“Eh, mana Ramesh ba?! Dari tadi aku tak nampak pun batang hidung dia?,” Anas  mencari kelibat Ramesh.       
    
“Ya tak ya. Aku pun tak perasan Ramesh. Bukankah dia ada dengan kita tadi?,” Tan juga kehairanan.        
   
Tiba-tiba pintu dibuka.
“Aduh, sakitnya..!,” panjang umur. Tapi Ramesh muncul sambil memegang perutnya.          
 
“Ha, Ramesh! Ada pun hang. Hang pi mana tadi?,” aku terus menyoal Ramesh. Tidak sempat dia duduk.   
        
“Ya la. Ke mana kamu pergi tadi ba?,” Anas mencelah.           
“Sakit perut la! Dah 3 kali aku ulang-alik masuk toilet. Payah la macam ni!,” Ramesh mencari kerusi.  
         
“Hang makan apa malam tadi,” Tan cuba kenal pasti punca.           
“Aku makan nasi tomato. Malam tadi lepas dinner aku rasa lapar lagi. Aku beli lah nasi tomato kat restoran Mak Jah tu,” jelas Ramesh.           
Gastric kot?,” aku ringkas bertanya.          
 
“Tak dak maknanya gastric..Perut aku ni ja yang buat hal…,” Ramesh membantah. 
          
“Jangan pula cakap hang kena food poisoning? Susah nanti. Majlis lagi sejam ja ni!,” Tan mula risau.          
 
“Entahlah, maybe. Hang ni macam la baru sehari kenal aku. Dah lima tahun kita kenal. Faham-faham la. Perut aku ni sensitif sikit. Salah makan ja, mula la dia buat hal,” kata Ramesh. Dia mengurut-urut perut.       
    
“Kalau dah macam tu lain kali, kalau nak makan tengok-tengoklah sikit. Jangan main ikut nafsu ja,” aku memberi nasihat.
“Kami tau la yang hang ni memang kuat makan. Makan time dinner malam tadi pun tak cukup lagi. Ish…ish…!!!” Tan menggelengkan kepala.
      Mereka semua terus duduk di atas sofa menanti Encik Yusuf, pengarah majlis memanggil kami. Keadaan Ramesh masih baik. Aku berdiri di sisi tingkap. Aku membuka tirai jendela bilik persediaan di Dewan Canselor itu. Aku seakan-akan membuka kembali jendela kenanganku. Dari jauh aku menatapi keindahan Gunung Kinabalu.           
      Dalam meniti hari-hari terakhir aku di universiti ini, ditambah lagi melihat Tan Wee Kiat dan Ramesh a/l Kumarasamy, fikiran aku mula teringat akan dua sahabat karib aku yang sangat aku rindui, Lee dan  Siva. Disebabkan cita-cita, aku terpisah dengan mereka sejak lapan tahun yang lalu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Shah, cepat mandi! Dah nak maghrib ni!,” mak menjerit. Suaranya semakin kuat. Seakan-akan hampir kepadaku. Aku sedang nyenyak dibuai mimpi ketika merebahkan badanku di atas sofa empuk di ruang tetamu rumah. Baju sukan sekolah berwarna hijau tidak aku tanggalkan.    
     
“Bertuah punya anak! Shah, bangun! Dah nak maghrib ni! Abah dah siap dah tu nak pi surau. Cepat bangun!,” mak yang sepenuh masa menjadi suri rumah menggoyang-goyangkan badanku yang kurus keding. Dia memaksaku bangun.
      Aku sangat letih ketika itu. Petang tadi, aku, Lee dan Siva baru saja pulang dari latihan bola tampar. Selepas solat asar, aku terus bergegas ke court bola tampar sekolah. Cikgu Hafiz, jurulatih kami memaksa kami buat extra training sampai pukul 6.30 petang. Mana tidaknya, dua hari lagi Pertandingan Bola Tampar Bawah 12 Tahun peringkat Negeri akan berlangsung.  Syukur dan senyum lebarlah guru besar sekolah kami tahun ini. Setelah hampir lima tahun tidak beraksi di peringkat negeri, sekolah kami mendapat peluang. Mujur ada Cikgu Hafiz, guru sukan yang baru dua tahun mengajar di sekolah kami. Dialah yang bersungguh-sungguh menaikkan semula nama sekolah kami dalam sukan bola tampar.
“Kacau lah mak ni. Orang nak tidur pun tak boleh,” mataku tidak terbuka.
“Hang nak kena rotan ka? Tak pun, nak mak panggil abah hang? Nanti lagi kuat dia bagi ‘hadiah’ kat hang!,” kata mak yang memakai baju kelawar sambil mencekak pinggang.
“Jangan mak! Jangan mak! Okay, okay… Shah bangun ni,” ligat aku bangun apabila mendengar nama abah.Tanganku terus mencapai kain tuala.
      Selepas mandi, aku bersiap dengan memakai baju melayu. Abah, abang Zul dan abang Man sudah pun berada dalam kereta menunggu aku. Selepas pulang dari solat maghrib, aku duduk menghadap tv. Aku lihat Hana, adik bongsuku sedang khusyuk menghisap botol susunya. Dia baring di depan tv. Aku berangan-angan nak tengok Naruto, tapi aku lihat remote control di tangan abah.  Aku pasrah.
“Shah, tak dak kerja sekolah ka?,” suara garau abah tiba-tiba menyentak pandanganku dari tv.
“Ada bah. Shah dah janji nak buat kerja sekolah sama-sama dengan Lee dan Siva. Pukul 9 sat gi depa datang,” jawab aku.
      Lee Wen Jun, sahabatku yang berbangsa Cina beragama Buddha tinggal selang dua rumah dari rumahku. Aku baru mengenali. Dia baru saja berpindah ke kampung ini sebulan yang lalu. Sivanaran a/l Balawaran, sahabatku yang berbangsa India beragama Hindu tinggal di sebelah rumah Lee.  Sejak di tadika lagi aku mengenali Siva. Kami berdua memang dilahirkan di sini. Kini, kami menginjak usia 12 tahun. Kami bersekolah di sekolah yang sama, Sekolah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman, Pendang. Malahan, kami juga berada dalam kelas yang sama. Setiap malam hari persekolahan, dari  jam 9 malam hingga 11 malam, kami akan berkumpul di rumahku dan membuat kerja sekolah bersama-sama. Walaupun kami baru mengenali Lee, namun dia amat senang menyesuaikan diri dengan kami. Boleh dikatakan kami semua macam adik-beradik. 
“Shah, pergi panggil abang-abang hang. Kita nak makan.” kepala mak separuh aku nampak di sebalik pintu dapur.
      Mak sibuk menyediakan hidangan makan malam. Aku juga nampak kelibat Kak Liza mundar-mandir di dapur membantu mak.“Baiklah mak,” aku segera bangun dan menuju ke bilik abang-abang aku. Mereka sedang sibuk menyiapkan kerja masing-masing.Sejam kemudian, kedengaran azan Isyak berkumandang. Kami sekeluarga solat bersama-sama di rumah.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Shah, pagi tadi cikgu ada bagi homework tak?,” Lee bertanya seolah-olah tidak hadir ke sekolah pagi tadi. Wajahnya putih melepak, rambutnya lurus sehingga menutupi dahinya.
           
Hey apek! Hang tidur ka kat kelas tadi? Nak tau, cikgu ada bagi kerja sekolah. Banyak pula tu!,” jelas Siva. Agak gelap orangnya, rambutnya tercacak. Dia mengeluarkan buku dan diletakkannya di atas meja bulat diberanda rumah aku. Angin pada malam itu bertiup sepoi-sepoi bahasa.    
      
“Yelah…banyak kerja sekolah yang kita kena siapkan. Sains, karangan BM, Matematik, BI…,” aku mencelah. Kadang-kadang aku menampar kulit tanganku yang sawa matang. Nyamuk.       
    
“Ya ka? Maaflah, aku tak perasan cikgu ada bagi homework tadi,” Lee menggaru-garu kepalanya.  Mesti dia berangan-angan dalam kelas tadi. “Jadi, kita nak start buat kerja yang mana satu ni? Siva mencari idea. Dia membelek-belek buku teks di hadapannya. Lee masih bingung. Satu buku pun tidak dibukanya.    
        
“Apa kata kita buat matematik dulu? Lagipun Cikgu Ros bagi kerja yang senang-senang ja,” aku member cadangan. Aku mengeluarkan buku latihan yang berkotak-kotak kecil isinya.           
“Senang? Kami tau la yang hang ni terror math. Kami ni kan slow sikit,” Siva merendah diri. Lee mengangguk kepala tanda setuju.           
“Jangan cakap macam tu. Kita buat sama-sama. Itu gunanya ada kawan. Yang faham, tolong ajarkan yang kurang faham,” aku berlagak seperti motivator.  
         
“Baiklah. Kami faham Shah…,” kata Lee.    
       
“Sudah, buka buku teks math page 23. Jawab semua soalan tu,” aku memberi arahan. Selepas itu, kami mula memegang pensel dan mula menulis. Jam menunjukkan 9.15 malam. Abah sedang melihat tv, mak pula mengemas di dapur. Abang-abang dan kakak Liza menyambung kerja mereka.           
“Arghhhh!!! Penatlah pula. Hang pa tak letih ka?,” aku mendepa tanganku. Mula mengeluh setelah hampir setengah jam kami membuat kerja sekolah. Aku masih rasa keletihan walaupun aku telah tidur petang tadi.    
       
“Siapa tak letih??? Aku pun letih juga. Habis Cikgu Hafiz ‘kerjakan’ kita petang tadi. Esok kita kena lagi,” Kata Siva. Mukanya tunduk memandang buku. Tangannya tekun menulis.           
“Yelah..aku pun penat. Tapi, tak pa. Kitakan bersukan. Sihat tubuh badan,” tambah Lee.     
      
“Emmm…. aku risaulah kalau-kalau kita kalah time pertandingan lusa nanti. Cikgu Hafiz dan guru besar amat berharap kita johan tahun ni,” aku berhenti seketika dari membuat kerja sekolah. Aku bersandar pada tiang.           
“Jangan risau, kita dah berlatih bersugguh-sungguh, boleh menang punya!,” Siva memberi semangat. Mereka berdua begitu fasih berbahasa Melayu.             
      Itulah gelagat kami bertiga. Lee seorang yang suka berangan-angan dan kadang kala tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Tapi, satu perkara yang kami kagum dengan dia, walaupun dia datang dari keluarga yang susah dia tetap bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu. Malah dia sangat rajin. Siva pula lain orangnya. Dia tekun membuat kerja sekolah yang cikgu berikan namun kadang kala dialah orang yang paling kuat merungut dan banyak complaint. Kalau boleh semua benda dia nak complaint. Ada saja benda yang tidak kena. Namun, berbeza dengan aku dan Lee, Siva datang dari keluarga yang berada. Ayahnya tauke kilang beras terbesar di Pendang, ibunya pula seorang usahawan produk kecantikan. Walaupun dia anak orang kaya, dia bukanlah seorang yang hidung tinggi mahupun berlagak bahkan banyak memberi bantuan kewangan kepada aku dan Lee.
     Keluargaku hanyalah sederhana saja. Abah aku seorang ustaz dan mak aku suri rumah sepenuh masa. Kadang-kadang abahku akan turun ke bendang untuk mengusahakan tiga relung bendang peninggalan arwah atuk.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jam 7.30 pagi.    
       
“Bangun…!!!,” aku berdiri dan memberi arahan tatkala Cikgu Norma, guru matapelajaran sains masuk ke dalam kelas 6 Perdana. Rakan-rakanku yang lain mengikuti arahanku. Aku segak berpakaian baju seragam sekolah dan bertali leher merah. 
          
“Assalammualaikum and Good Morning teacher!,” suara aku kuat memberi salam tanda hormat. 
          
“Assalammualaikum and Good Morning cikgu!,” mereka semua sekali lagi patuh kepada arahan.  
          
“Waalaikummussalam and Good Morning. Please sit down,” Cikgu Norma meletakkan buku-bukunya di atas meja. Dia sempat membetulkan tudung putihnya yang dikenakan dengan kebaya nyonya biru.      
      
“Shah, I want you to collect the homework that I have given yesterday and put on my table during break. And don’t forget to give the names, those don’t finish my work. Understand?” mata Cikgu Norma tajam melihat aku.           
Okay teacher,” aku mengangguk.           
“Alamak, kerja apa pula ni?! Cikgu ada bagi homework ka semalam?,” Lee bersuara perlahan. Dia menyepak kaki Siva yang di duduk di hadapannya. 
          
“Apa kena dengan hang ni?!!!,” Siva yang agak gempal marah.   
        
“Aku belum buat homework yang cikgu suruh buat tu! Macam mana ni?,” Lee risau. Dia dapat rasa yang dia pasti akan menerima hadiah istimewa daripada Cikgu Norma. Cikgu Norma pula sudah tahu pasti ada antara anak-anak muridnya yang tidak siapkan homework yang diberikan.   
        
“Itulah, malam tadi siapa suruh hang balik awal. Aku dan Shah sempat siapkan homework tu,” jelas Siva yang tidak berpuas hati. Dia melihat ke belakang kalau-kalau percakapannya di dengari oleh Cikgu Norma.         
Okay, please open your text book, page 50. Today we will learn about photosynthesis,” Cikgu Norma meletakkan buku teks Sains Tahun 6 di atas meja Kamalia, pelajar perempuan di kelas kami yang duduk di hadapan dan di tengah kelas. Mejanya selalu menjadi mangsa.            
“Aku ada hal malam tadi.  Ibu aku dah pesan suruh balik awal,” kata Lee. Dia membetulkan kaca matanya.            “Okay..okay..Tak pa. Hang sempat lagi buat homework tu. Tak banyak sangat. Aku boleh tolong kalau hang tak faham,” Siva cuba membantu. Di dahinya terdapat tanda berwarna putih.       
     
“Terima kasih, Siva!,” Lee gembira kerana Siva sudi membantu. Perasaan takutnya kian hilang. 
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *    
       
“Nah, ambillah karipap ni. Mak aku buat,” aku menolak bekas berisi empat ketul karipap kepada Lee dan Siva. Aku lihat pelajar-pelajar lain sedang beratur panjang. Menunggu giliran untuk membeli makanan. Suasana di kantin sekolah gamat. Kami bertiga duduk di tepi kantin.          
  
“Rajinnya mak hang buat kuih. Untung la kami kalau tiap-tiap hari macam ni,” Siva senyum. Tangannya ligat mengambil karipap.         
“Aku pun ada bawa bekal. Makanlah….,” Lee pula mengeluarkan tiga ketul pau.   
        
“Eh, pau lagi???,” Siva hairan. Tiap-tiap hari Lee pasti akan membawa kuih pau ke sekolah.    
     
“Ibu aku memang tiap-tiap hari buat pau,” mendatar suara Lee.           
“Ibu kamu berniaga ka?,” soalku. Aku makan karipap berinti ubi.           
“Ya..Tiap-tiap hari ibu aku buat kuih pau. Kemudian, dia akan hantar ke kedai Uncle Choong di pekan. Sejak berpindah ke sini, ibu aku mengambil upah membuat pau,” jelas Lee.
     Baru kami tahu. Malam kelmarin Lee pulang awal kerana dia mahu membantu ibunya. Ibu Lee seorang ibu tunggal. Ibunya terpaksa menyara lima orang anak. Adik-adik Lee yang lain masih kecil. Ayah Lee meninggal dunia tahun lalu akibat barah paru-paru. Ibunya terpaksa membawa mereka berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah di Kuala Lumpur. Nasib mereka baik kerana ada saudara mara yang sanggup memberikan rumah untuk mereka tinggal di sini. Kata mereka, jika ada duit lebih, bayarlah sewa seberapa yang mampu. Kalau tiada, tidak perlu bayar. Mujur dengan bantuan Jabatan Kebajikan, ibunya masih berupaya untuk menyekolahkan Lee.
           
“Sedap la pau ni!,” Siva memuji. Tangannya memegang pau yang telah tinggal separuh.           
“Boleh ambil satu lagi???,” tambah Siva.      
     
“Agak-agak la hang ni. Lee belum pun sentuh pau tu,” aku mencelah.     
      
“Tak pa. Makan-makan. Aku dah kenyang. Saja aku bawa pau ni. Mak aku suruh bagi kat hang pa,”      
    
“Hang ja yang lebih-lebih, Shah. Lee okay ja,” Siva menjeling.   
        
“Okay. Makanlah,” aku mengalah.
"Emm..bila dah besar nanti hang pa nak jadi apa?,” tanyaku kepada mereka berdua. Aku cuba membayangkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.    
       
“Aku nak jadi jurutera!” dengan bangga Siva menjawab.       
    
“Kenapa?,” soalku.           
“Entahlah…dah aku suka….,” ringkas jawapan Siva. 
          
“Apalah hang ni. Tak kan tak dak sebab kenapa hang nak jadi jurutera?,” aku tidak puas hati dengan jawapannya.  
         
“Yang hang ni duk tanya aku ja. Hang nak jadi apa?,” kata Siva. 
          
“Aku nak jadi doktor!,” pantas aku menjawab.   
        
“Kenapa pula?!,”  
         
“Sebab aku nak selamatkan orang yang sakit. Aku suka tolong orang,” aku bangun. Bersuara dengan penuh bersemangat. Pelajar-pelajar lain pelik melihat aku. Aku duduk perlahan-lahan. Malu.           
“Oh, macam tu ka?,” Siva buat muka.    
       
“Hang pula macam mana, Lee?. Nak jadi apa?,” Siva mengalih pandangan ke arah Lee. Lee duduk di hadapannya.           
“Aku nak jadi cikgu… Nak ikut jejak langkah ayah aku. Kerja guru, kerja yang baik sebab kita memberi ilmu kepada orang lain,” sayu suara Lee. Mungkin ketika itu dia teringatkan ayahnya. Kami diam sebentar. Kemudian loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat telah tamat. Lantas kami bergegas ke kelas.  

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Mana Siva ni….?,” aku mengeluh. Aku baling batu jauh ke arah sawah padi yang terbentang luas. Musim menuai belum tiba. Tenteram hati apabila melihat pemandangan menghijau ciptaan Ilahi. Lee duduk di belakangku. Tangannya memegang buku.        
    
“Lupa aku nak bagi tau. Siva pesan. Dia cakap dia datang lambat sikit. Dia ikut family dia pi kuil. Sembahyang,” kata Lee yang berseluar pendek. 
          
“Ohh..patutlah. Hang tak pi tokong ka?,” soalku.   
        
“Aku dah pi semalam,” jawab Lee.
           
“Lee, kita kan nak pi memancing? Kenapa hang bawa buku? Nak pancing ikan dengan buku ka?,” aku hairan sambil sindir.           
“Kita kan nak amik UPSR tahun ni. Tak boleh la buang masa,” Lee mengingatkan aku.      
     
“Itu semua orang tau. Tapi kalau nak study tak payah la ikut kami,” kataku.   
        
“Aku pun nak memancing juga. Masa tunggu ikan kena pancing bolehlah baca buku. Tak buang masa…,” Lee menyindirku lagi.         
  
     Itulah aktiviti kami kalau ada masa lapang pada waktu petang. Kami akan berkumpul dan pergi memancing bersama-sama di sungai di hujung kampung. Kadang-kala kami akan menangkap ikan di parit dengan menggunakan sauk saja. Seronok. Kalau dapat ikan, kami akan panggang dan buat ‘kenduri’. Itupun kalau ikan yang besar-besar. Kalau tidak, masam sajalah muka kami pulang tidak membawa sebarang hasil. Namun, apa yang penting memancing mendidik diri kami supaya bersabar. Aku pasti semua orang mengetahuinya.  Ada masanya, kami akan bermain baling kasut, baling tin, galah panjang, dan police one two three. Bukan setakat kami bertiga saja, malah budak-budak lain di kampung kami turut serta.Petang itu kami tidak lagi ke court bola tampar. Pertandingan bola tampar telah pun berakhir dua bulan yang lalu. Alhamdulillah, sekolah kami mendapat naib johan. Pada peringkat akhir, kami tewas dengan juara bertahan, Sekolah Kebangsaan Alor Setar. Sebagai ketua pasukan, aku amat berterima kasih kepada rakan-rakanku yang lain. Dengan semangat berpasukan yang ada, kami berjaya walaupun hanya mendapat tempat kedua. Mungkin tahun depan rezeki sekolah kami pula mendapat johan.     
      
     Di tebing sungai.           
“Shah, kenapa tak dapat ikan lagi ni?,” Siva merungut.     
      
“Kenapa pula tanya aku? Tengoklah umpan hang  tu. Entah-entah dah habis,” aku tekun memegang kayu pancing. Menanti dengan penuh sabar. Lee masih menelaah buku.  Kayu pancing terpacak di hadapannya.  
          
“Si Ramlan cakap sini lubuk ikan. Tapi macam tak dak apa-apa pun!,” Siva sekali lagi merungut.   
        
“Sabarlah….,” nasihatku.     
      
“Lee, tahun ni hang sambut Tahun Baru Cina kat sini ka?. Minggu depan kan Tahun Baru?” aku cuba membuka cerita tatkala bosan menunggu.      
     
“Haah. Minggu depan. Family aku memang sambut kat sini. Kalau tak, kat mana lagi? Nanti hang pa datanglah rumah aku. Boleh dapat ang pau!,” kata Lee. Dia tersenyum. Itulah adat masyarakat Cina. Menurut Lee, orang yang telah berkahwin akan memberi ang pau kepada anak muda. Pada malam Tahun Baru pula, mereka akan makan besar bersama-sama ahli keluarga. Tahun ini, aku dan Siva berpeluang menyambut Tahun Baru Cina. Satu pengalaman baru.               
“Hang pula Siva, sambut Deepavali kat mana nanti?,” aku menyoalnya. Dia masih bermasam. Ikan tidak sangkut pada umpannya.      
     
“Deepavali lambat lagi…. Kan lepas hang sambut raya. Aku raya kat sini juga,” jelas Siva. Dia tekun memegang kayu pancingnya.      
     
“Untung kan kita ni. Dalam setahun boleh sambut banyak perayaan,” aku membuka selipar. Aku jadikan sebagai alas. Aku duduk setelah penat berdiri.          
  
“Betul-betul!,” Lee setuju denganku. Air sungai ketika itu tidaklah terlalu deras. Kami percaya, hari ini pasti akan dapat ikan.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Siva, rehat nanti tolong temankan aku jumpa Cikgu Taufik. Dia suruh jumpa,” aku mengajak Siva. Kami duduk di dalam kelas sambil membaca buku Biology Tingkatan 5. Sejam lagi waktu rehat.           
     Tahun ini, aku dan Siva berada dalam kelas yang sama, 5 Sains 1 manakala Lee pula di kelas 5 Ekonomi. Setelah tamat sekolah rendah dengan memperoleh 5A dalam UPSR, kami menyambung pengajian kami di Sekolah Sultan Abdul Hamid, Kedah. Alhamdulillah, rezeki kami dapat berjaya bersama-sama pada ketika itu walaupun sebenarnya perjalanan kami masih jauh.          
  
“Assalammualaikum cikgu,” aku memberi salam. Siva di sebelahku.
"Waalaikummussalam,” jawab Cikgu Taufik yang segak berbaju kemeja hitam tatkala aku datang.      
     
“Ada apa cikgu nak jumpa saya?,” aku mencari kepastian.  
         
“Sebenarnya saya nak kamu mewakili sekolah dalam pertandingan Kuiz Sejarah. Setiap sekolah mesti hantar tiga peserta. Saya sudah ada dua nama dan saya perlukan seorang lagi. Saya nak kamu masuk,” Cikgu Taufik yakin.   
        
“Saya? Emm..boleh cikgu. Saya cuba,” aku kurang pasti dengan jawapanku.    
       
“Kalau macam itu, kamu bersiap sedialah. Baca tajuk satu sampai lima. Pertandingan sabtu depan!,” mudah Cikgu Taufik berkata.  
         
“Apa?!!! Sabtu depan?! Lima tajuk?!,” aku terkejut. Siva hanya diam seribu bahasa di sebelahku.   
         
“Kenapa terkejut pula? Kan semua tajuk tu kita dah belajar. Kamu cuma perlu buat revision saja,” Cikgu Taufik cuba menenangkan aku.  
         
Errr….Baiklah cikgu. Saya minta diri dulu,” kataku.  
         
“Tunggu dulu! Ada satu lagi. Saya perlukan bantuan kamu berdua. Tolong tampal notis ini. Pihak Majlis Belia Negeri Kedah dan sekolah akan mengadakan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu. Ada 20 orang pelajar sekolah kita yang terpilih untuk ikuti program itu,” Cikgu Taufik menghulurkan beberapa keping kertas kepadaku.           
“Oh, boleh cikgu!,” aku mengambil kertas-kertas tersebut.     
      
“Baiklah cikgu, kami minta diri dulu,” aku dan Siva terus berlalu pergi meninggalkan bilik guru.
"Ada ka patut? Dia suruh aku masuk tapi awat bagi tau ‘awal’ sangat? Kelam kabut aku nanti!,” aku merungut. 
 
“Tak payahlah nak merungut… Hang kan pandai. Sebab tu cikgu pilih hang….,” nada suara Siva lain. Membuatkan aku tidak selesa. Dia seperti tidak berpuas hati.        
   
“Eh..nama kita ada lah Siva. Kita terpilih!!!,” aku terkejut apabila membaca senarai nama. Siva buat tak peduli.“Pelajar dipilih berdasarkan pencapaian akademik mereka semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun” aku membaca nota yang ada di kertas itu.“Nama Zulaika pun ada! Yes! Inilah peluangku!!!,” aku bertambah gembira. Zulaika turut terpilih. Dalam kelas, dialah gadis yang aku selalu perhatikan. Lagaknya seperti wanita idamanku. Memang sesuai dengan aku!“Dah, jom la balik kelas!!!,” tiba-tiba Siva menengking aku. Aku terus berjalan tanpa berkata.       
    
Dalam perjalanan ke kelas, kami terserempak dengan Lee di koridor.  
         
“Lee!!! Dah makan?,” tanyaku.           
“Sudah. Hari ini aku bertuah dapat makan nasi goreng. Cikgu Nita belanja,” Lee tersenyum lebar. Jarang dia dapat makan nasi goreng.           
“Aik? Kenapa Cikgu Nita belanja hang? Kami macam mana pula?,” aku bertanya lagi.
"Hang ni tamaklah. Kan dah makan mi goreng tadi. Tak kenyang-kenyang lagi ka?!,” Siva mencelah. Dia masih tidak berpuas hati.          
 
“Cikgu dah janji nak belanja aku kalau aku dapat A dalam matematik untuk peperiksaan pertengahan tahun. Aku dapat A, jadi cikgu tunaikanlah janji dia. Sedap….!,” Lee membuatkan kami cemburu.   
        
“Untungnya hang…..,” aku menepuk bahu Lee. Siva menjeling kepadaku.      
      
“Eh, tadi Ckgu Taufik ada bagi tau Majlis Belia Negeri Kedah anjurkan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu. Kita terpilih termasuklah hang, Lee!!!,” kataku kepada Lee.           
“Betul ka?,” Lee tak percaya.  
         
“Betul….Takkan aku nak tipu pula,” aku yakinkan Lee.          
 
     Aku sangat gembira mendengar berita itu. Memang dari dulu aku berangan-angan nak mendaki Gunung Kinabalu.  Tambahan, sahabat-sahabat aku juga pergi bersama. Akhirnya, ada juga rezeki.    
      
Okaylah. Jangan lupa malam ni. Datang rumah aku. Kita study sama-sama,” aku mengingatkan Lee dan Siva. 
          
Okay. Dah,  Jom balik ke kelas,” Lee mengajak kami. Siva membisu dan hanya mengikut.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jam 8.00 malam. Kabus tebal kelihatan berlegar-legar di ruang angkasa. Sejuk.    
       
     “Sebelum saya mulakan taklimat ringkas, saya nak uji pengetahuan kamu semua. Berapakah ketinggian Gunung Kinabalu ini?,” Encik Hussin, ketua ekspedisi membuka soalan kepada yang berminat. Kami sekarang berada di kaki Gunung Kinabalu. Aku, Siva dan Lee begitu teruja dapat mengikuti ekspedisi ini. Inilah  kali pertama kami menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini.           
     Aku lihat rakan-rakan yang lain hanya menundukkan kepala. Semua tidak berani menjawab soalan. Aku memberanikan diri.           
“4095 meter tuan!,” jawabku.     
      
“Emm…bagus! Betul tu!,” kata Encik Hussin. Kemudian, Encik Hussin terus menyambung taklimatnya sebelum kami mula mendaki. 50 orang peserta yang menyertai ekspedisi ini. 30 lagi peserta datang dari sekolah lain sekitar Alor Setar. Semua peserta telah pun bersiap sedia dengan peralatan dan barang masing-masing.         
   
“Pandai juga hang,” Lee yang duduk di belakang mencuit aku.   
         
“Tengok orang lah…,” aku bangga dalam ketawa. Aku alihkan pandanganku ke gadis yang duduk di depan, Zulaika. Cantik dan manis orangnya. Dia pandang belakang dan senyum kepadaku.   
         
“Ish!!! Dia tengok akulah Siva. Dia suka kat aku lah tu!,” aku tersipu malu.           
“Jangan nak perasanlah!!!,” sindir Siva.        
   
“Berapa lama kita nak sampai ke kemuncak gunung ni?,” Lee mendongak ke arah puncak gunung. Samar-samar.  
       
“Tak dengar ka Encik Hussin bagi tau tadi??? Nampak sangat hang tak concentrate dengan taklimat dia tadi,” kataku.   
        
“Nak mendaki ambil masa setengah hari. Kita akan bertolak jam 9.00 malam sat gi,” jelas Siva.       
    
“Habis tu, kita akan sampai pagi esoklah. Wow!!!,” kata Lee. Dia terus meneguk air teh panas. Kami menikmati makan malam sebelum memulakan pendakian.
           
“Zu, marilah makan bersama kami!,” aku mengajak Zulaika yang berkaca mata. Dia sedang berjalan memegang cawan dan pinggang berisi nasi.           
“Tak mengapalah. Saya nak duduk dengan rakan-rakan di meja sana,” lembut suaranya menjawab.       
    
Okaylah…nanti kita makan sama-sama ya!,” aku memberi cadangan.   
        
     Setelah menjamu selera dan menunaikan solat Isyak, kami memulakan pendakian. Agak gementar. Namun, kami memberanikan diri juga. Syukur, pendakian kami ketika itu berjalan dengan lancar. Tiada masalah yang di luar jangkaan berlaku. Akhirnya, kami berjaya sampai di kemuncak Gunung Kinabalu. Aku tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya dapat sampai ke kemuncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Inilah pengalaman kami bertiga yang tidak akan kami lupakan selama-lamanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
      Cuti pertengahan tahun telah pun berakhir. Ekspedis ke Gunung Kinabalu menjadi pengalaman terindah dalam diari hidup kami.      
     
     Aku duduk di bus stop. Aku membuka buku. Dalam hati ingin membaca seketika. Sesekali aku lihat jam. Resah. Sudah pukul 7.30 pagi. Lagi 15 minit kelas akan bermula. Kemudian, dari jauh aku nampak bas berwarna kuning hampir tiba di bus stop. Aku masih belum lihat kelibat Siva. Selalunya dia yang akan menunggu aku. Lee pula sudah awal-awal lagi pergi.       
    
“Mana Siva ni? Dah lambat ni…,” hatiku berbisik.   
        
“Dik, kalau nak naik..cepatlah!,” abang driver bus marah. Aku yang tercegat di hadapan pintu bas terus naik.           
“Mungkin dia tak pi sekolah kot hari ni,” aku cuba menjawab soalanku sendiri.           
     Setibanya di sekolah aku terus masuk kelas. Sangkaanku meleset. Aku lihat Siva sudah berada dalam kelas. Tapi, pelik. Dia tidak duduk di hadapanku lagi. Dia beralih tempat. Dia duduk sambil membaca buku di sebelah Fahmi, rakan sekelas kami. Aku dapat merasakan ada benda yang tidak kena.     
      
“Kenapa pula dengan Siva ni?,” aku berbisik sambil meletakkan beg.     
      
“Mungkin dia nak tukar angin kot,” aku berfikiran positif.           
     Waktu berlalu dengan pantas. Waku persekolahan sudah tamat. Para pelajar bergegas mahu pulang ke rumah. Aku mengemaskan buku-buku. Aku alihkan pandangan ke arah Siva. Hilang. Dia sudah tiada.           
“Lee, hang tau tak kenapa dengan Siva tu? Dari pagi tadi dia tak cakap langsung dengan aku. Aku ada buat salah dengan dia ka?,” aku bertanya kepada Lee. Kami berjalan menuju ke Pusat Sumber selepas tamat waktu sekolah.           
“Manalah aku tau. Hang kan satu kelas dengan dia. Kenapa tanya aku pula?,” mudah Lee menjawab.
"Mungkin dia ada masalah kot?,” tambah Lee.           
“Kalau ada masalah pun, bagi tau lah kita. Jangan nak menyendiri dan tak bercakapa langsung dengan kita,” aku agak marah.      
     
No comment,” kata Lee.       
    
“Ish! Hang ni bukannya nak amik tau pasal kawan kita tu,” aku memarahi Lee.      
     
“Yang hang ni nak marah-marah kenapa?!!! Aku bukannya tak mau amik tau pasal dia. Tapi aku sendiri pun ada masalah! Macam mana nak fikir masalah orang lain?! Tolonglah faham sikit!!!” Aku pula yang dimarahinya. Aku tergamam. Lee terus berjalan meninggalkan aku.     
      
     Semakin hari, semakin aku jarang bercakap dengan Siva malahan Lee pula sedikit pun tidak menegur aku apabila berselisih. Mereka berdua cuba menjauhkan diri dengan aku.      
      
“Kenapa dengan semua orang ni…..???,” aku berkata sendirian. Kami bertiga tidak lagi rapat seperti dahulu. Persahabatan kami mula menjadi renggang. Disebabkan perkara yang aku sendiri tidak tahu.       
    
     Setelah sekian lama, aku memberanikan diri untuk merungkai kekusutan yang berlaku.   
“Siva, Tunggu! Aku nak cakap sikit dengan hang,” aku memanggil Siva dari belakang. Dia bergegas mahu pulang. Aku menahannya di pintu kelas.      
      
“Hang ni kenapa?!!! Pasai pa nak kacau aku!,” Siva bersuara denganku setelah sekian lamanya.    
       
“Apa masalah hang??? Aku ada buat salah dengan hang ka?” aku straight to the point.        
   
“Tak dak!!!,” lantang suara Siva. Mukanya bengis.  
         
“Habis tu kenapa hang tak mau bercakap langsung dengan aku. Tak tegur aku langsung! Kalau tak puas hati cakaplah!,” panas baranku mula membuak-buak.           
“Hang cakap elok-elok boleh tak?!!!,” Siva menolak bahuku. Aku menolak bahunya semula. Mungkin salahku juga. Tidak menegurnya dengan baik. Kami mula bergaduh tanpa sebab yang kukuh. Kami bertumbuk sesama sendiri. Sekolah pada ketika itu sunyi. Hanya dicemari dengan kekecohan kami bergaduh.       
    
“Woi! Hang pa ni kenapa?!,” tiba-tiba Lee datang cuba meleraikan kami. Tubuh badan yang kecil menyukarkannya. Kemudian, Lee menghempaskan bengnya.    
       
“Woi!!!! Matang la sikit! Sikit-sikit nak bergaduh! Bincang elok-elok tak boleh ka?!,” Lee meradang. Kami berhenti dari bergaduh. Namun aku tidak berpuas hati.   
        
“Hang tanyalah Siva! Dialah punca!,” aku menuding jari ke arah Siva. Baju Siva dan bajuku koyak-robak. Kotor.   
        
“Aku???!. Hang tanyalah diri hang tu dulu! Hang lah punca segala-galanya. Dari kecil lagi semuanya hang yang dapat! Aku ni? Jadi kuli ja!,” Siva luahkan perasaan cemburu kuatnya itu.
Time sekolah rendah, hang yang dapat jadi ketua pasukan. Hang lah yang jadi ketua kelas sampai sekarang. Dalam exam, asyik hang ja yang dapat markah tinggi. Hang lah juga yang dapat masuk kuiz sejarah. Dan hang juga lah nak rampas Zulaika!!! Semuanya hang!!! Habis, apa yang aku dapat?! Habag mai kat aku! Selama ni aku banyak bersabar ja..,” Siva meluahkan lagi perasaan yang dipendam hampir 10 tahun. Aku terdiam. Siva mengangkat beg. Dia terus berlalu pergi.   
        
“Siva…!,” aku memanggilnya. Dia tidak menoleh belakang. Lee kecewa lalu dia pun pergi. Aku keseorangan. Tidakku sangka, dalam diam aku menyakitkan hati orang lain. Sahabtku jua. Aku tidak  minta perkara sebegini berlaku. Namun, sudah suratan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
      Sejak peristiwa pergaduhan aku dengan Siva, aku tidak  lagi dapat bertemu dengan Siva. Seminggu kemudian, Siva mengikut ayahnya berpindah ke Kuala Lumpur. Ayahnya mengambil alih tugas sebagai Pengurus Besar syarikat di sana. Tidak sempat aku meminta maaf dengannya.      
     
“Lee, aku minta maaf atas apa yang berlaku. Aku tak tau yang tindakan aku boleh menyakitkan hati Siva. Semuanya bukan aku yang nak. Tapi cikgu yang tentukan,” aku cuba berbaik-baik dengan Lee. Kami berdua duduk di bawah pokok kami selalu berkumpul bersama Siva. Sawah padi ditiup angin kencang seolah-olah menggambarkan kemarahan Siva terhadapku.           
“Tak pa. Aku faham. Itulah manusia, kuat cemburu dan tidak pernah berpuas hati,” kata Lee. Sayu. Kami kehilangan sahabat yang amat baik. Kerana perselisihan faham, persahabatan kami lerai begitu saja.  
         
“Siva pernah bagi tau kat aku time kita pi Gunung Kinabalu hari tu. Dia sangat bersyukur dapat kawan macam kita. Dia janji, dia tak kan lupakan kita buat selama-lamanya. Dia juga janji akan datang masa kita graduate kat universiti nanti. Dia nak lihat betapa gembiranya sahabat dia pegang segulung ijazah. Itulah janji dia kat kita,” pilu aku bersuara.         
  
     Empat bulan lagi kami akan menghadapi SPM. Aku, Lee dan rakan-rakan yang lain sedang sibuk dengan persiapan untuk menghadapi ‘peperangan’. Pihak sekolah pula sibuk menganjurkan kem motivasi dan kelas tambahan untuk membantu kami.  
          
“Shah, hang dah ready nak exam ka?,” tanya Lee. Dia duduk di hadapanku memegang buku ekonomi. Kami sedang sibuk membuat latihan pengukuhan dan revision.        
   
“Aku??? Tak tau la..macam banyak ja yang belum aku cover,” aku sedang membuat latihan matematik tambahan.      
“Emm..macam mana la dengan Siva sekarang ni. Tak sempat dia nak exam sama-sama dengan kita kat sini,” Lee teringat akan Siva.           
“Betul tu…aku harap dia gembira kat sana…,” suaraku mendatar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Shah, jom. Encik Yusuf dah panggil. Majlis dah nak start,” Anas menepuk bahuku sekali lagi. Lamunanku tersentak, Gunung Kinabalu ku tinggalkan. Pantas tanganku menutup kembali tirai jendela tersebut.
           
     Aku dan rakan-rakanku yang lain beratur masuk ke dalam dewan bersama-sama Canselor, Naib Canselor dan semua VIP yang lain dengan diiringi lagu syahdu menyambut kehadiran mereka yang dirai. Hamper 200 orang pelajar yang akan menerima ijazah pada hari ini.
           
     Hari ini, hari paling bersejarah dalam hidupku. Alhamdulillah, setelah lima tahun menanti, kini aku bakal ditabalkan sebagai graduan Ijazah Doktor Perubatan dengan Kepujian. Tiga tahun aku posting di Hospital Queen Elizabeth telah memberi peluang yang besar kepadaku untuk menimba pengalaman bekerja di hospital dan juga sebagai persediaan apabila bergelar ‘Dr.’ kelak.  Aku berazam untuk menjadi seorang doktor yang berilmu dan dapat menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat demi kesejahteraan sejagat.
           
     Setelah majlis tamat, kami semua bergambar bersama-sama. Perasaan aku ketika itu tidak dapat kugambarkan bahkan melebihi kegembiraanku ketika mendaki Gunung Kinabalu suatu ketika dahulu. Barulah kini aku dapat rasakan apa yang dirasai oleh graduan-graduan sebelum ini. 
          
     Aku juga dapat lihat sinar kegembiraan yang terpancar pada wajah kedua ibu bapa aku ketika itu. Merekalah insan yang aku paling bangga. Tidak pernah meluahkan jemu, tidak pernah merungut keletihan dan tidak pernah berat mulut mengingatkan aku supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Inilah hadiah yang paling berharga yang dapat ku berikan. Mungkin tidak sama nilainya dengan jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan. Hanya ini yang mampu aku berikan. Untuk melihat mereka gembira… 
          
“Assalammualaikum. Siapa yang bercakap ni?,” aku menjawab panggilan yang tidak aku ketahui.            
“Hello. Ini Nasrul Shah ka?,” pemanggil itu bertanya kepadaku.           
“Ya. Saya Nasrul Shah. Siapa yang bercakap ini?,” aku mengulangi soalanku.           
“Cuba pandang depan,” orang itu memberi arahan kepadaku.  
         
     Kemudian, aku terus mengikut katanya. Aku melihat di depan. Tidak jauh dariku, berdiri dua orang yang macam aku pernah lihat. Seorang kulitnya putih, seorang lagi agak gelap. Bahkan, susuk tubuh mereka sedikit berbeza dari sebelumnya.       
    
“Lee…! Siva…!,” aku terekejut. Lantas aku berlari mendapatkan mereka.
           
“Shah!!!!,” mereka menjerit. Kami berpelukan setelah sekian lama tidak berjumpa. Itulah detik-detik yang kunantikan. Malahan detik  yang menambahkan lagi kegembiraanku pada hari itu.
     Kini, Lee sudah pun bergelar sebagai seorang guru ekonomi setelah menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Dia berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Ekonomi. Sudah dua tahun dia menjadi pendidik di Sekolah Bestari, Perak dan katanya akan naik pelamin bulan hadapan. Siva, aku terus memohon maaf daripadanya. Namun baginya, perkara yang lalu jangan diungkit. Dia baru saja menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan sedang menjalankan praktikal di salah sebuah syarikat permotoran di Kuala Lumpur.  Aku masih ingat pesan abah, guru hanya mengajar bagaimana untuk berjalan dengan betul kerana kelak kita akan berjalan sendiri. Berjalan menuju destinasi yang dicita-citakan… Saat ini, segalanya telah menjadi realiti yang hakiki. Kami telah tiba ke destinasi yang kami impikan kerana sejak kecil, kami bertekad untuk mengecapinya bersama-sama dalam suka dan duka. Kami dapat rasai nikmatnya. Mungkin inilah permulaan kepada kejayaan kami.
“Lepas ni, aku bawa hang pa semua pi Tangung Aru. Kita makan kat sana. Best! Restoran dia tepi pantai” aku teruja untuk meraikan pertemuan kami.      
      
“Wow! Loghat Kedah hang tak hilang ka. Boleh tahan hang ni!,” Lee hairan.
           
“Yelah, hang ni dah lama duk sini, tapi duk cakap utara lagi,” tambah Siva.
           
“Biasalah, anak jati Kedah….,” kami rancak bergurau. Tatkala itu, muncul seorang wanita bertudung putih berbaju merah. Dia senyum kepada kami. Aku terkedu.  
         
“Zulaika???,”.

Hantar Komen

Security code
Refresh

Karya Pelajar

Kongsi di Facebook

Ruang Sembang